Mulai hari ini, korang boleh memiliki FPS klasik XIII secara percuma di GOG sehingga 1 April sahaja. Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan permainan yang menarik ini secara percuma bukan? XIII adalah permainan first person shooter stealth-action yang mempunyai seni visual cell-shaded.
Untuk mendapatkan permainan ini secara percuma, anda memerlukan akaun GOG dan log masuk ke laman web mereka atau menggunakan GOG Galaxy Client. Tawaran istimewa akan berakhir pada 1 April jam 9:00 malam esok. Jadi pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan salinan permainan secara percuma bermula hari ini! Dapatkan XIII secara percuma dengan menekan pautan ini.
Selain daripada itu, XIII dikeluarkan pada tahun 2003, merupakan FPS yang diadaptasi dari novel grafik tahun 1984 dari Belgia . Permainan ini berkisahkan tentang ejen operasi yang mengalami amnesia cuba untuk mengumpulkan masa lalunya. Anda boleh menonton trailer XIII di sini.
Tambahan pula, XIII tetap menjadi kegemaran sesetengah pemain kerana cerita dan visual dalam permainan ini berdasarkan komiknya. Walaupun XIII telah di remaster-kan pada tahun 2020, tetapi ianya mendapat reaksi yang bercampur dari peminat dan pengkritik permainan ini. Semestinya XIII yang asal masih bertahan dengan baik, dan anda kini boleh mencuba bermainnya tanpa sebarang kos.
Orang tua-tua kata, rezeki jangan ditolak. Game percuma cepat-cepat download. Dapatkan XIII secara percuma di GOG sekarang sementara ianya masih percuma.
@gamersantaimy
Discussion about this post