Mod multiplayer Cyberpunk 2077 mungkin ‘dibuang’, sedang dalam pertimbangan!

Walaupun mod multiplayer Cyberpunk 2077 sudah dirancangkan, CD Projekt Red menceritakan status terkini untuk mod tersebut dalam cara yang tidak jelas semasa mesyuarat strateginya kelmarin. Sekarang, ada kemungkinan besar bahawa projek itu akan ditangguhkan atau dibatalkan!

Dengan begitu banyak update untuk Cyberpunk 2077, saya sendiri pun tidak terkejut untuk melihat CD Projekt Red membatalkan mod multiplayer ini. Walaupun tahun 2022 adalah tarikh  keluaran rasmi untuk projek mod multiplayer, CD Projekt Red tidak menawarkan apa-apa info lanjut. Namun, beberapa khabar angin dalam talian memberitahu bahawa sejenis mod Heist dan mod Deathmatch akan diadakan.

Dalam mesyuarat strategi, presiden Adam Kicinski menjelaskan perubahan yang dilakukan oleh CD Projekt Red dalam bahagian seperti kecekapan pembangunan permainan, memperkuat komunikasi dalaman, dan menyesuaikan kempen PR. Walaupun mereka tidak cakap banyak tentang mod multiplayer, CD Projekt Red mengatakan ia sedang “dipertimbangkan semula.” Pada masa yang sama, CD Projekt Red juga mengatakan bahawa keupayaan dalam talian akan menjadi tujuan penting untuk studio.

“Kami berfokus untuk membawa dalam talian ke semua francais kami suatu hari nanti, dan bukannya membuat pengalaman berbilang pemain hanya untuk Cyberpunk. -kata CD Projekt Red.”

CD Projekt Red mungkin sedang merancang untuk meninggalkan generasi konsol sebelum (PS4, XB1) untuk mod multiplayer dan memberi fokus besar pada PC, PS5, dan Xbox Series X sebagai perkakasan yang paling sesuai untuk Cyberpunk 2077. Walaupun ada yang mungkin bersedih, ini pastinya adalah cara yang lebih elok kerana, jika CD Projekt Red menghasilkan mod multiplayer yang bermasalah, ia boleh merosakkan lagi reputasi studio.

Apa pendapat anda tentang mod multiplayer Cyberpunk 2077? Untuk segala liputan kami tentang Cyberpunk 2077, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Next Post

Discussion about this post

Discord Kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.