Baru-baru ini, terdapat peperangan antara peminat Mobile Legends dan Wild Rift yang memberi review 1 bintang terhadap pesaing game kesayangan mereka kerana Riot menyaman Moonton atas isu plagiat yang digunakan dalam game Mobile Legends sekali lagi.
Untuk pengetahuan korang, ini bukan kali pertama Riot menyaman Moonton atas isu yang sama, malangnya Riot gagal mendapat tuntutan tersebut kerana Moonton mempunyai bidang kuasa yang lebih kuat ketika itu.
Selepas gagal di Amerika Syarikat, Tencent mengambil bahagian dan memenangi penghakiman yang bernilai $2,9 juta terhadap Moonton dan Ketua Pegawai Eksekutifnya. Walaupun Riot telah menang, mereka tetap mengumpulkan bukti lain yang menunjukkan bahawa Moonton masih melakukan plagiat dalam game Mobile Legends.
Perkara ini sudah tentu membuatkan ramai peminat tidak senang duduk dan ingin menjaga rating game kesayangan mereka. Buat masa sekarang, peminat daripada kedua-dua game ini sedang berperang dengan memberikan review 1 bintang kepada Mobile Legends dan League of Legends.
Buat masa sekarang, masih belum diketahui pihak mana yang memulakan dahulu. Google Play sendiri tidak menyediakan timestamp selain tarikh review tersebut. Sesetengah peminat sanggup membuat akaun palsu untuk meninggalkan review yang buruk pada pesaing game kesayangannya.
Kepada yang tidak tahu, perkara ini tidak beri apa-apa faedah kepada korang atau mana-mana pihak dan game-game itu tidak akan dibuang daripada Google Play Store. Biar Riot Games sendiri yang mengurus masalah ini.
Sehingga kini, perang review masih lagi berlangsung untuk kedua-dua game tersebut. Peminat juga ada meninggalkan review 5 bintang kepada game kesayangan mereka untuk mengembalikannya seperti sebelum ini.
Jadi, kepada yang mengambil bahagian dalam peperangan antara Mobile Legends Bang Bang dan League of Legends: Wild Rift, saya menasihati korang untuk berhenti dan biar Riot sendiri yang mengendali masalah ini. Untuk lebih banyak berita mengenai game dan anime, sila klik pautan ini.
Sumber: Gamebrott
@gamersantaimy
Discussion about this post