Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sebanyak 19.3 juta PS5 telah dijual setakat ini, stok masih susah dapat

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 11, 2022
in Artikel, Berita, Industri, PS5
0 0
0
Sebanyak 19.3 juta PS5 telah dijual setakat ini, stok masih susah dapat
Share on FacebookShare on Twitter

Sudah 1 tahun 6 bulan sejak ketibaan PS5 dan walaupun banyak masa telah berlalu, konsol itu terbukti masih sukar untuk diperoleh. Keadaan ini nampaknya tidak akan berubah kerana ramai pakar meramalkan bahawa isu kekurangan cip (punca stok PS5 sangat terhad) akan berterusan sehingga sekurang-kurangnya 2024. Walaupun begitu, Sony masih berjaya menjual sebanyak 19.3 juta PS5 setakat ini.

Ini menurut laporan kewangan terbaru Sony, yang mengira jumlah daripada tiga bulan pertama 2022 iaitu 19.3 juta PS5 setakat 31 Mac 2022. Dua juta daripada jumlah itu telah dijual pada Q1 2022, manakala sebanyak 3.3 juta dijual semasa Q4 2021. Perkara ini agak dijangka kerana Q4 termasuk musim cuti, yang merupakan tempoh di mana jualan konsol amat popular.

Walaupun 19.3 juta dengar seperti banyak, dan sudah melebihi penjualan konsol lain seperti Wii U dan PlayStation Vita, ia sebenarnya tidak mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Sony sendiri. Sony ingin menjual lebih daripada 14.8 juta yang dicapai oleh PS4 semasa ia baru dilancarkan pada tahun pertama. Walau bagaimanapun, jumlah yang dinyatakan dalam laporan mengesahkan bahawa PS5 tidak mencapai sasaran itu, dan hanya menjual sebanyak 11.5 juta unit antara April 2021 dan Mac 2022.

Untuk PS4 pula, konsol ini masih hangat dijual walaupun hakikatnya diganti oleh konsol gen baru dan kekurangan game eksklusif. Sebanyak 100,000 PS4 telah dijual pada suku pertama tahun 2022, yang meningkatkan jualan sepanjang hayat konsol itu kepada 117.2 juta.

Walaupun banyak PS5 terjual, di Malaysia masih susah untuk dapatkan satu unit. Mereka yang berminat hanya mampu serah pada nasib jika nama mereka dipilih dalam senarai pre-order PS5.

Untuk segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Tags: ps5Sony
Previous Post

EA & FIFA tamat kerjasama selepas 28 tahun, akan dinamakan ke EA Sports FC

Next Post

Perang 1 bintang Mobile Legends dan Wild Rift bermula, peminat tak puas hati

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Next Post
Perang 1 bintang Mobile Legends dan Wild Rift bermula, peminat tak puas hati

Perang 1 bintang Mobile Legends dan Wild Rift bermula, peminat tak puas hati

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd