Apabila diumumkan bahawa Boruto: Naruto Next Generations akan memaparkan “time-travel” story arc istimewa sempena ulang tahun ke-20 francais Naruto, para peminat gembira dengan kepulangan beberapa watak kegemaran mereka. Antara saat yang paling menarik adalah kemunculan Jiraiya. Kini story arc ini telahpun berakhir, dan sudah tiba masanya untuk kami semua mengucapkan selamat tinggal kepada Jiraiya sekali lagi.
#Boruto
Boruto visits master Jiraiya’s grave and says that he is was “super cool”😄! And then we have a father & Son moment, wholesome and sweet🍜🍥. pic.twitter.com/yJ8eX8otip— Abdul Zoldyck (@Abdul_S17) December 15, 2019
Episod 136 membawa Boruto dan Sasuke kembali ke zaman mereka yang sebenar selepas perpisahan yang beremosi dengan Naruto dan Jiraiya. Selepas kembali ke zaman mereka sendiri, episod ini juga menunjukkan adegan menyayat hati untuk Jiraiya ketika Boruto dan bapanya melawat kubur Jiraiya.
Jiraiya menjadi fokus utama dalam story arc ini di samping Naruto yang muda dan ia menekankan betapa besarnya impak Jiraiya pada Naruto semasa dia masih muda. Apabila Boruto kembali ke zamannya yang sebenar dalam episod 136, dia mencari bapanya dan mendapati Naruto berdiri di hadapan kubur Jiraiya. Naruto berkata bahawa Jiraiya akan sunyi jika Naruto tidak melawat sekali-sekala.
Naruto kemudian bertanya Boruto apa pendapatnya tentang Jiraiya selepas bertemu dengannya, dan Boruto jawab dengan jujur. Dia berkata bahawa Jiraiya adalah seorang yang gatal, kusut masai, dan tidak masuk akal, tetapi masih mengagumi betapa hebatnya Jiraiya. Naruto bersetuju, dan di sini kita boleh lihat impak Jiraiya terhadap keluarga Uzumaki kerana ia kini telah mempengaruhi tiga generasi keluarga ini bermula daripada Minato.
@gamersantaimy
Discussion about this post