Sejak kedua-dua manga dan anime Fairy Tail tamat, peminat dikejutkan dengan berita permainan RPG Fairy Tail oleh Koei Tecmo dan Gust. Dengan tarikh pelancarkan yang semakin dekat, Koei Tecmo mengumumkan bahawa permainan ini akan menambah tiga playable character baru.
Laxus Dreyar
Mirajane Strauss
Jellal Fernandes
Pada 12 Disember 2019, Koei Tecmo mengumumkan bahawa Laxus Dreyar, Mirajane Strauss, dan Jellal Fernandes akan menjadi tiga penambahan baru ke permainan Fairy Tail. Ketiga-tiga watak ini akan ditambah ke senarai playable character bersama dengan Natsu Dragneel, Erza Scarlet, Wendy Marvell, Gray Fullbuster, dan Lucy Heartfilia, yang diumumkan di Tokyo Game Show. Peminat Fairy Tail mesti teruja untuk game ini yang menampilkan 15 playable character dan gaya permainan RPG. Kamu boleh tonton trailer Fairy Tail yang baru dikeluarkan pada awal Disember ini.
Game RPG ini akan menampilkan gameplay selama 30 jam dan kerana Fairy Tail adalah satu siri yang berkisarkan pengembaraan, memang masuk akal lah untuk permainan ini menjadi RPG dan bukan permainan pertempuran seperti Jump Force atau Dragon Ball FighterZ. Peminat hanya perlu menunggu sehingga 20 Mac, 2020 untuk keluaran Fairy Tail pada PC, PS4 dan Switch.
Sumber – Twitter@KoeiTecmoUS
@gamersantaimy
Discussion about this post