Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Industri, Pameran/Expo, Tempatan
0 0
0
Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]
Share on FacebookShare on Twitter

Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF 2023) secara rasminya bermula hari ini di KLCC, Malaysia di mana Mohan Low selaku Pengarah Pembangunan Kandungan Digital di Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) naik ke atas pentas dan memulakan acara dengan membincangkan penumpuan dan gangguan yang berlaku dalam industri kreatif semasa Penyampaian Ucaptama Pembukaan MYDCF 2023.

Bukan setakat Pengarah Pembangunan Kandungan Digital di MDEC, Mohan Low Han Sen juga adalah pakar dalam industri gaming dan memulakan ceramah dengan membincangkan acara MYDCF dan matlamatnya untuk membantu mengembangkan industri kreatif di Asia Tenggara (SEA), serta mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh rantau sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menurutnya, MYDCF pernah menjadi acara untuk 300 orang tetapi telah berkembang untuk menampung lebih daripada 3,000 orang dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan beliau berharap terdapat 4,000 peserta tahun ini. Ini penting bagi orang kreatif untuk mengekspresikan diri mereka dan berkembang.

Bak kata Low, “Terdapat penumpuan antara semua industri.”

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa selain daripada permainan video dan animasi, industri ini telah berkembang ke ruang lain seperti realiti lanjutan dan metaverse.

Sebagai tambahan, Low berkata bahawa terdapat gangguan yang berlaku dalam industri sejak beberapa tahun kebelakangan ini, daripada peningkatan kecerdasan buatan kepada teknologi desentralisasi, serta populariti perkhidmatan game berasaskan langganan dan sebagainya.

Seperti yang dijelaskan, semua medium dan teknologi baharu ini akan memberi kesan kepada industri dan ia mungkin menghalang pertumbuhan kreatif kerana ketakutan terhadap perubahan.

“Sebagai rantau, kita perlu sedar dan mengambil kesempatan daripada gangguan ini.”

Low mengakhiri ucapan dengan berkata, “Kami perlu menerima perubahan ini dan mengejar cita-cita untuk perkara yang lebih besar.”


Malaysia Digital Content Festival 2023 (MYDCF) akan diadakan dari 27 September 2023 hingga 1 Oktober 2023 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC). Jika ada masa, ayuh ikut serta sekali.

Baca segala liputan kami tentang MYDCF di SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: MDECMohan LowMYDCF
ShareTweetSend
Previous Post

SecretLab umum kulit ‘Cyberpunk: Edgerunners’ untuk TITAN Evo, santai bersama Lucy and Rebecca!

Next Post

Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!
Movie/siri

Live-Action Alice in Borderland Season 3 Bakal Ditayangkan 25 September!

July 8, 2025
Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak
Acara

Tokyo Game Show 2025 Bakal Jadi Yang Terbesar Dalam Sejarah Dengan Senarai Pempamer Terbanyak

July 8, 2025
Next Post
Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!

Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd