Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 28, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix umum siri anime Devil May Cry, berserta Visual Pertama!
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa acara Drop 01 pagi tadi, Netflix secara rasminya telah mengumumkan siri anime Devil May Cry, berdasarkan siri Capcom dengan nama yang sama.

Sempena itu, anda boleh tonton dahulu treler pengumuman rasmi di bawah:

Dicipta oleh Adi Shankar (yang juga bertindak sebagai Penerbit Eksekutif dan Showrunner), Devil May Cry adalah kolaborasi istimewa antara Shankar, Capcom dan Netflix.

Dengan animasi yang dihasilkan oleh Studio MIR (yang bertanggungjawab untuk The Witcher: Nightmare of the Wolf, DOTA: Dragon’s Blood, The Legend of Korra), dengan Alex Larsen sebagai penulis, dan Hideaki Itsuno daripada Capcom dan Seung Wook Lee dari Studio MIR sebagai Penerbit Eksekutif, Devil May Cry akan akan ditayangkan selama lapan episod untuk debutnya.

Kredit: Netflix

Produser Adi Shankar (Castlevania) dan Alex Larsen (Yasuke) telah menyelesaikan skrip untuk musim pertama siri ini sejak November 2021 dan mengesahkan anime Devil May Cry akan mempunyai beberapa musim serta akan menampilkan watak Dante, Vergil dan Lady.

Maklumat tentang tarikh keluaran masih belum diumumkan, tetapi Netflix mengusik jalan cerita Devil May Cry seperti berikut;

“Dalam adaptasi animasi berdasarkan game Capcom yang popular ini, kuasa jahat sedang merancang untuk membuka portal antara alam manusia dan demon. Di tengah-tengahnya semuanya adalah Dante, seorang yatim piatu – kini pemburu syaitan , yang tidak sedar bahawa nasib kedua-dua dunia bergantung kepadanya.” – Sinopsis

Kredit: Netflix

Bagi mereka yang tidak tahu, Devil May Cry ialah francais game aksi-adventure yang dicipta oleh Hideki Kamiya. Ia dibangunkan dan diterbitkan terutamanya oleh Capcom. Siri ini mengisahkan tentang pemburu syaitan bernama Dante dan usahanya untuk menggagalkan pelbagai pencerobohan syaitan di Bumi.

Siri ini amat berjaya; di mana game daripada siri utama telah menjual sebanyak 29 juta salinan di seluruh dunia dan turut menerima anugerah Platinum Title oleh Capcom. Kejayaan siri permainan video telah membawa kepada adaptasi buku komik, novel, dua siri animasi, dan pelbagai figura.

Kredit: Netflix

Untuk baca segala liputan kami tentang siri Devil May Cry, sila tekan pautan ini.

Tags: animeDevil May Crynetflix
ShareTweetSend
Previous Post

Pengarah MDEC Mohan Low mulakan MYDCF dengan Membincangkan Tumpuan dalam Industri Kreatif [Level Up KL 2023]

Next Post

Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!

Netflix umum Anime Tomb Raider: The Legend of Lara Croft, sambungan kepada game!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd