SACRA MUSIC FES 2024 di Malaysia telah pun berlangsung pada 3 Februari yang lalu di Zepp Kuala Lumpur, memaparkan barisan artis Jepun popular seperti FLOW, ASCA, spira spica, Who-ya extended dan Akase Akari. Boleh tahan juga sambutan konsert tersebut siap ada yang hadir ke konsert tersebut dengan pakaian cosplay watak kegemaran! Jom kami ceritakan labih lanjut mengenai pengalaman kami semasa menghadiri konsert tersebut!

Sampai sahaja di Zepp Kuala Lumpur, keadaan sangat teratur dengan hadirin konsert beratur mengikut giliran tiket mereka. Ia mungkin kelihatan sedikit sempit tetapi ia sangat terurus membuatkan perjalanan masuk ke dalam dewan konsert berjalan dengan lancar dan pantas. Elok sahaja jam 3 petang, semua sudah bersiap sedia untuk layan konsert serta menyokong artis-artis yang akan membuat persembahan. Suasana yang gelap diterangi dengan lampu penlight sudah menjadi satu scene yang sudah tidak asing lagi di konsert.

Konsert SACRA MUSIC FES 2024 bermula dengan persembahan pembukaan oleh Akase Akari dengan lagu pertama, Koi no Yukue! Yang menariknya dia telah mempersembahkan lagu itu dengan bercosplay sebagai Marin, watak daripada My-Dress Up Darling, di mana “Koi no Yukue” merupakan lagu ED untuk siri anime itu. Selepas itu kami dikejutkan dengan persembahan dua lagu cover yang tidak asing lagi buat peminat iaitu Connect dan IDOL. Untuk persembahan pertamanya di luar negara, ia sememangnya persembahan yang meninggalkan strong impression dan membuatkan peminat bersemangat untuk persembahan-persembahan seterusnya.


spira spica dan ASCA kembali semula ke Malaysia untuk konsert ini setelah membuatkan penampilan sulung mereka di Comic Fiesta pada tahun lalu. Sudah tentu ada yang sudah melihat persembahan mereka buat kali kedua, tetapi sudah tentu ada yang baru melihat persembahan mereka untuk pertama kali. Pentas telah dimeriahkan dengan persembahan bertenaga dan ceria oleh spira spica dengan lagu-lagunya. Tidak dilupakan juga sesi menari bersamanya semasa persembahan Pyramid Dai Gyakuten. Hadirin yang hadir sememangnya sporting habis semasa menari lagu tersebut.


ASCA juga tidak mengalah dengan persembahan yang penuh berkuasa dengan Howling yang sememangnya membuatkan penonton hype. Penonton juga turut menyanyi bersama-sama semasa Real Dawn, di mana ASCA mendedahkan sendiri bahawa bahagian “lalala la la” itu dipanjangkan supaya dapat nyanyikannya bersama-sama penonton. Sudah tentu peminat SAO teruja dengan persembahan RESISTER pada akhir persembahannya.


Bermula dengan persembahan Q-vism, Who-ya extended terus menangkap perhatian penonton dengan vokalnya serta visual music video yang dipaparkan semasa persembahan. Peminat-peminat Psycho Pass sudah pasti tidak asing lagi dengan lagu yang dipersembahkan daripadanya. Hampir kesemua lagu yang dipersembahkan sangat agresif dan penuh kuasa daripadanya. Kami agak excited apabila dapat melihat persembahan Repentance Dance dan sangat kagum dengan persembahan itu. Sudah pasti persembahannya tidak lengkap tanpa lagu OP Jujutsu Kaisen, Vivid Vice!


Selepas 9 tahun tidak bertemu, akhirnya FLOW kembali ke Malaysia untuk persembahan di SACRA MUSIC FES 2024! Peminat-peminat yang sudah lama nantikan kehadiran mereka ke Malaysia sememangnya teruja siap turut menyanyikan lagu Go!!! yang dipaparkan melalui video preview pantas. Persembahan mereka bermula dengan Kaze no Uta dan diteruskan kepada Sign tanpa henti! Melihat mereka memeriahkan pentas dengan persembahan band secara live dan penyanyi utama, Koshi Asakawa dan Keigo Hayashi melompat di atas pentas turut membuatkan penonton-penonton turut melompat sambil mengikut nyanyian mereka. Tidak lengkapkan kalau tiada sorakan “Jibun wo” semasa COLORS dipersembahkan. Apabila lagu GO!!! dipersembahkan sudah tentu peminat-peminat akan turut nyanyi bersama. Memang meriah habis pada waktu itu. Sememangnya pengalaman yang sukar dilupakan.



Persembahan ditamatkan dengan kesemua artis kembali ke pentas untuk persembahkan satu lagi lagu iaitu lagu tema Naruto “VIVA★ROCK”. Melihat mereka semua bersama-sama nyanyikan lagu itu seperti fever dream bagi kami. Vokal mereka melengkapi antara satu lain dan melambai-lambai ke arah peminat. Tamatnya lagu tersebut maka tamatlah konsert ini dengan kesemua artis mengucapkan terima kasih kepada peminat yang hadir, dan berharap dapat berjumpa sekali lagi pada masa akan datang.



Kami pasti ramai yang ingin alami persembahan itu sekali lagi. Berita baiknya setlist untuk lagu itu telah pun kami sediakan! Rujuk sahaja setlist tersebut di bawah!
- Akase Akari (Pembukaan)
- Koi no Yukue
- [Cover] Connect
- [Cover] IDOL
- Spira spica
- Rerise
- [Cover] Blue Bird
- Pyramid Dai Gyakuten
- [Cover] Gurenge
- Sun Sun Days
- Who-ya extended
- Q-vism
- Synthetic Sympathy
- Prayer
- Repentance Dance
- Killing My Fear
- A Shout of Triumph
- Vivid Vice
- ASCA
- Stellar
- Howling
- KOE
- Hibari
- Rin
- Real Dawn
- Resister
- FLOW
- Kaze no Uta
- Sign
- Colors
- Days
- Rekka
- [Cover] Silhouette
- Go!!!
- Gold
- Encore [Semua Artis]
- [Cover] VIVA★ROCK
@gamersantaimy
Discussion about this post