Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman Santai di Honkai: Star Rail Time to Feast di La Juiceria Superfoods Malaysia!

Maira by Maira
October 11, 2023
in Acara, Artikel, Berita, Game, Tempatan
0 0
0
Pengalaman Santai di Honkai: Star Rail Time to Feast di La Juiceria Superfoods Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

HoYoverse kembali dengan acara offline mereka yang fokus kepada game Honkai: Star Rail. Hampir sama macam HoYo Fest 2022, restoran yang bertemakan Honkai: Star Rail ini dilakukan di La Juiceria Superfoods. Sebagai salah satu acara Honkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit Stop, ia berlangsung bermula hari ini, 11 Oktober sehingga 14 November 2023. Menariknya, kami telah berpeluang untuk alami sendiri acara tersebut lebih awal. Walaupun hujan lebat, sanggup sahaja kami meredahnya! Jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami di sana!

Sumber: Gamer Santai

Mesti ramai yang takut sesat nanti, betul tidak? Jangan risau kerana anda boleh sahaja mencari logo game serta hiasan yang bertemakan Honkai: Star Rail di hadapan kedai! Memang susah untuk anda terlepas restoran ini. Masuk sahaja dalam kedai, ia dipenuhi dengan perhiasan lain termasuklah patung Pom-Pom, stiker dinding dan tidak dilupakan juga standee watak-watak iaitu Dan Heng, March 7th, Kafka, Topaz dan Jingliu. Memang sesuai betul untuk anda tangkap gambar bersama-sama mereka!

Sumber: Gamer Santai

Lebih menarik sekali, muzik yang dipasang dalam restoran juga merupakan soundtrack game Honkai: Star Rail termasuklah game HoYoverse lain seperti Genshin Impact dan Honkai Impact 3rd.

Seperti yang diumumkan, setiap set makanan akan memberikan anda merchandise. Kami telah pun menempah dua set kombo berserta beberapa hidangan sampingan, iaitu Cosmic Fried Rice dan Comfort Food. Kalau anda sedar, nama-nama makanan untuk setiap set menggunakan nama yang sama untuk item consumable dalam game!

Sumber: Gamer Santai

Untuk Cosmic Fried Rice, ia merupakan nasi goreng yang ditambah dengan jagung, pea dan kepingan ayam manakala Comfort Food pula memberikan kami semangkuk kuey teow nipis yang hadir dengan sup yang menyelerakan.

Terdapat 4 hidangan sampingan yang tersedia terdiri daripada pembuka selera sehinggalah pencuci mulut. Untuk Combo A, kami dapat Snapper Jam Appetizer, fillet ikan goreng yang disajikan dengan cili sos manis, manakala Combo B pula hadir dengan Grande Rejuvepill, bebola ubi dengan gula aising di atasnya. Set lain pula menghidangkan Fruitwood-Grilled Shantak Moa Drumettes, iaitu kepak ayam yang disaluti sos manis dan juga Steamed Puffergoat Milk, yang merupakan sebotol custard dengan karamel. Sejujurnya, rasa semua hidangan ini memuaskan malah rupa hidangannya juga sesuai untuk dikongsikan di media sosial.

Selesai menjamu selera, kita lihat pula merchandise yang tersedia di ruang khas kedai. Terdapat banyak barangan yang tersedia sebagai contoh, acrylic stand, badge, headband Pom-Pom dan lain-lain.

Alang-alang Honkai: Star Rail 1.4 sudah tersedia, bolehlah anda bermainnya sambil menikmati hidangan lazat di La Juiceria Superfoods. Anda boleh buat tempahan melalui laman web rasmi restoran. Tempat adalah terhad, jadi kena cepat-cepat rebut tempat sekarang.

Sumber: Gamer Santai

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Honkai: Star Rail daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Honkai: Star RailHonkai: Star Rail Time to Feast! Astral Express Pit StopLa Juiceria Superfoods
ShareTweetSend
Previous Post

Warcraft Rumble akan datang di iOS & Android pada 3 November! Alami Warcraft di Mobile!

Next Post

PS5 Slim vs PS5 Original – Apa yang berbeza antara kedua-dua model?

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Next Post
PS5 Slim vs PS5 Original – Apa yang berbeza antara kedua-dua model?

PS5 Slim vs PS5 Original - Apa yang berbeza antara kedua-dua model?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd