Baru diumumkan hari ini, kita mendapat berita daripada Blizzard Entertainment bahwa game mobile aksi strategi mereka, Warcraft Rumble akan dilancarkan di seluruh dunia pada Android dan iOS pada 3 November, secara langsung di BlizzCon 2023!
Jika anda kurang tahu tentang Warcraft Rumble, video di bawah akan bantu memperkenalkan dunia game ini kepada para peminat:
Secara am, game ini berlangsung di dunia Warcraft yang terkenal, dan menjemput pemain untuk membina tentera dengan wira dan penjahat kegemaran mereka (yang tampil dalam bentuk “mini”) lalu bertarung dalam senario menarik yang direka untuk menguji kecerdasan taktikal anda.
Bina askar-askar anda daripada pelbagai pilihan watak mini, bermula dengan Leader—yang termasuk watak ikonik kenamaan seperti Grommash Hellscream dan Jaina Proudmoore —dan isikan pasukan dengan watak-watak lain dan spell (sihir) yang berkuasa.
Setiap misi single-player menampilkan teka-teki strategik tersendiri untuk diselesaikan, dan pemain perlu menyesuaikan taktik mereka untuk mengatasi cabaran tersebut.
Berikut adalah antara sorotan game ini menurut Blizzard:
- Kumpulkan lebih 60 watak dari seluruh alam Warcraft—dihidupkan sebagai miniatur comel.
- Mara melalui kempen single-player epik dengan lebih 70 misi.
- Bekerjasama dengan Guild anda untuk mendapatkan ganjaran bermusim dengan War Chest.
- Bekerjasama dengan rakan anda atau uji tentera mereka dalam mode player-versus-player yang kompetitif.
- Melibatkan diri dalam pelbagai dungeon atau lakukan co-op raid yang mencabar.
- Pamer kemahiran anda dan dapatkan lebih banyak ganjaran dengan Heroic Campaign.
- Hadapi Arclight Surge untuk cabaran baharu dan dapatkan lebih banyak ganjaran.
Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh pre-register Warcraft Rumble sekarang di peranti mobile Android melalui Google Play Store atau di iOS melalui Apple App Store! Sesiapa yang pre-register akan menerima empat item istimewa iaitu Mecha Kobold Skin, Mecha Kobold Portrait, Mecha Tower Skin, dan Mecha Kobold Emote.
Untuk baca segala berita mengenai Warcraft Rumble daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post