Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!

Maira by Maira
August 11, 2023
in Artikel, Berita, Beta, Game
0 0
0
Pendaftaran Ujian Beta Tertutup Ghostrunner 2 Sudah Dibuka! Daftar Sekarang!
Share on FacebookShare on Twitter

505 Games dan One More Level telah mengumumkan bahawa peminat Ghostrunner bakal mendapat berita besar mengenai sekuel game tersebut apabila gamescom berlangsung pada 21 Ogos nanti! Tetapi sebelum itu, mereka telah membuka pendaftaran untuk pemain yang ingin menyertai sesi ujian beta tertutup Ghostrunner 2 tidak lama lagi. Kalau anda berminat untuk sertai sesi ujian beta tersebut, boleh lihat perincian di bawah.

Perincian lanjut

  • Pada 21 Ogos, 505 Games dan One More Level akan kongsikan maklumat baharu Ghostrunner 2. Peminat boleh ke halaman rasmi Facebook, Instagram atau Twitter untuk dapatkan maklumat lanjut mengenainya.
  • Peminat yang berminat untuk sertai ujian beta tertutup dan boleh berikan maklum balas boleh daftar melalui pautan ini. Sebagai peringatan, slot adalah terhad, jadi pemain perlu mendaftar secepat mungkin.
  • Terdapat video Previously on Ghostrunner yang akan mengimbas kembali babak yang berlaku semasa Jack meneroka di luar wasteland dalam sekuel.

Tentang Ghostrunner 2

Pemain akan mengembara ke dunia yang lebih luas dan bukan sahaja di dalam Dharma Tower. Anda bermain sebagai watak utama, Jack dan jalan cerita yang ditampilkan akan berlaku selepas kejadian dalam game yang pertama.

Penduduk Dharma Tower sedang membina semula, perdagangan dapat dimulakan, dan terdapat beberapa harapan untuk masa depan. Namun, disebabkan Keymaster telah mati, terdapat kekosongan yang mampu menarik musuh yang lebih kuat untuk menakluki Dharma Tower.

Sumber: 505 Games

Dengan mekanik permainan yang dipertingkatkan, lebih banyak tahap untuk diterokai dan pertarungan bos yang epik, Ghostrunner 2 menjanjikan pengembaraan yang menarik dan mendebarkan. Dengan kemahiran baharu dan kebolehan Ultimate yang berkuasa, pemain boleh menjadi lebih kreatif semasa pertemuan dan menjadikan pertemuan yang paling mencabar lebih mudah diakses.

Ghostrunner 2 akan dilancarkan di PS5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada tahun ini. Buat masa ini, tiada tarikh pelancaran rasmi yang didedahkan. Nantikan sahaja kemas kini daripada penerbit nanti.

Sumber: 505 Games

Untuk mendapatkan berita terkini mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 505 GamesGhostrunnerGhostrunner 2One More Level
ShareTweetSend
Previous Post

Jom sertai CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere Singapore – akan ada di Gamescom Asia pada Oktober 2023!

Next Post

Uzumaki Boruto bakal buat comeback, rupa lagi matang bergaya selepas timeskip!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa
Acara

Pameran Pop-Up “Love and Deepspace” Pertama di Asia Tenggara Bawa Sentuhan Cinta Ke Resorts World Sentosa

July 11, 2025
SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”
Promosi

SEGA x BilibiliWorld Showcase Sale 2025 Tawar Diskaun Besar di Steam, Termasuk Bundle Baru “Like a Dragon!”

July 11, 2025
Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!
Berita

Atelier Ryza Secret Trilogy Deluxe Pack Diumumkan — Tiga Game Ikonik Dalam Satu Pakej!

July 11, 2025
Next Post
Uzumaki Boruto bakal buat comeback, rupa lagi matang bergaya selepas timeskip!

Uzumaki Boruto bakal buat comeback, rupa lagi matang bergaya selepas timeskip!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”
Review

Reviu Gachiakuta EP1 & EP2 – Konsep “Sampah Pun Barang Berharga”

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist
Anime

Daemons of the Shadow Realm Diadaptasi Ke Anime – Karya Terbaru Pencipta Fullmetal Alchemist

July 8, 2025
Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile
Berita

Netmarble Umum Solo Leveling: KARMA, Sebuah RPG Aksi Roguelite Untuk PC & Mobile

July 7, 2025
Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!
Anime

Anime Garena Free Fire Dedahkan Trailer Pertama, Fokus Utama Pada Watak Kelly!

July 7, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd