Semasa Evolution Championship Series 2023 pada 5 Ogos, Capcom telah mengesahkan bahawa CAPCOM Pro Tour 2023 (CPT 2023) Offline Premiere Singapore akan diadakan di Gamescom Asia 2023 di Singapura, bermula 20 hingga 22 Oktober 2023. Bagi mereka yang berminat, pendaftaran untuk menyertai kini dibuka!
Butiran:
- Tarikh: 20-22 Oktober
- Lokasi: Singapura/Gamescom Asia (Suntec Convention Center & Exhibition Centre Level 4)
- Had penyertaan: 1,024 pemain
Pemenang CAPCOM Pro Tour 2023 (CPT 2023) Offline Premiere Singapore akan menerima hadiah wang sebanyak USD $15,000 (anggaran sekitar RM 68,754) dan melayakkan diri ke Capcom Cup X, kejohanan dunia rasmi Capcom untuk menentukan pemain terkuat dunia bagi Street Fighter 6!
Secara am, CAPCOM Pro Tour (CPT) adalah destinasi utama untuk kejohanan kompetitif Street Fighter 6 di mana ia mengumpulkan pemain dan penonton dari seluruh dunia untuk berkongsi minat mereka terhadap game. Sebagai johan Street Fighter ke-10 yang ditaja secara rasmi oleh Capcom, CPT 2023 akan terdiri daripada 18 online premier, 3 offline premier dan World Warrior.
Pemenang offline premier secara automatik akan melayakkan diri untuk salah satu daripada 48 kekosongan di Capcom Cup X. Selain itu, lapan finalis terbaik bagi setiap offline premier akan membahagikan prize pool sebanyak $37,000.
Jika anda terbukti adalah pemain SF6 terbaik di dunia, anda akan memenangi $1,000,000 – jumlah wang terbesar pernah dianugerahkan dalam sejarah pelancaran SF6!
Anda boleh menyemak maklumat dan peraturan penuh CAPCOM Pro Tour 2023 Offline Premiere Singapore di laman web rasmi.
Disebabkan Capcom akan mengambil bahagian dalam Entertainment Zone di Gamescom Asia 2023, peserta juga mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang disediakan di hari acara/ekspo. Gamescom Asia 2023 Entertainment Zone akan mempamerkan game trending terkini, pelbagai hiburan interaktif dan kawasan utama seperti indie, e-sukan, cosplay, permainan papan, zon game berkumpulan dan banyak lagi.
Anda boleh baca segala liputan kami tentang Gamescom Asia 2023 dengan menekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post