Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Beta ‘LIMIT ZERO BREAKERS’ Kini Dibuka – Ini Cara Untuk Sertai RPG Anime Terbaru Ini!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 14, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, Beta, iOS, Mobile, PC, RPG, Steam
0 0
0
Pendaftaran Beta ‘LIMIT ZERO BREAKERS’ Kini Dibuka – Ini Cara Untuk Sertai RPG Anime Terbaru Ini!
Share on FacebookShare on Twitter

NCSOFT bersama pembangun Vic Game Studios baru sahaja mengumumkan fasa “Prologue Test” untuk game terbaharu mereka, LIMIT ZERO BREAKERS. Game RPG aksi gaya anime ini bakal mengadakan ujian beta tertutup pertamanya bermula 10 hingga 15 Jun 2026, dan pendaftarannya sudah pun dibuka secara rasmi hari ini.

Apa itu LIMIT ZERO BREAKERS?

Game ini dibangunkan oleh Vic Game Studios; pasukan di sebalik Black Clover M: Rise of the Wizard King. Melalui projek terbaharu ini, mereka beralih arah daripada sistem combat turn-based kepada aksi real-time yang lebih mendebarkan.

LIMIT ZERO BREAKERS membawa kita ke dunia Seraphia, sebuah alam yang terdiri daripada gugusan pulau terapung yang penuh dengan misteri. Pemain akan menggalas watak sebagai seorang “Breaker” yang meneroka runtuhan purba sambil menaiki kapal udara gergasi, Weaverwhale.

Jalan ceritanya memfokuskan pengembaraan seorang gadis dan seorang lelaki yang hilang ingatan dalam misi mencari “Archives of the Gods”; sebuah arkib legenda yang dikatakan mampu menunaikan apa sahaja hajat.

Dari segi gameplay, pihak pembangun menjanjikan sistem combat yang benar-benar menguji kemahiran pemain. Anda perlu mahir menggunakan teknik dodge, parry, serta melancarkan gerakan penamat dalam “Break Mode” yang kualitinya nampak setanding dengan anime bajet tinggi.

Selain visual memukau, game ini turut memberi tumpuan kepada mod raid co-op 3 pemain. Ini berita gembira buat gamers yang suka bermain secara berpasukan untuk menumbangkan bos-bos gergasi.

Selain itu, ada sistem “Elemental Chaos” di mana anda bebas mencampur dan memadankan pelbagai elemen untuk melakukan letupan chain reaction ke atas musuh.

Cara Mendaftar untuk Prologue Test

Jangan berlengah lagi kerana tempoh pengambilan peserta adalah terhad. Anda mempunyai masa dari sekarang sehingga 2 Jun 2026 (9:00 malam waktu Malaysia) untuk menghantar permohonan.

Langkah-langkah pendaftaran:

  • Laman Web Rasmi: Layari [laman web LIMIT ZERO BREAKERS] dan klik pada butang “Prologue Test Sign-up.”
  • Pemain PC (Steam): Anda boleh terus ke halaman kedai Steam game tersebut dan klik butang “Request Access” untuk mendaftar minat.
  • Pemain Mobile (iOS & Android): Anda boleh memohon melalui laman web rasmi. Pastikan anda menggunakan alamat emel yang aktif kerana segala maklumat pemilihan akan dihantar ke sana.

Perlu diingatkan bahawa ini adalah ujian tertutup, jadi peserta akan dipilih secara rawak. Jika terpilih, anda akan menerima emel pengesahan beserta arahan untuk pre-download game tersebut sebelum ujian bermula pada 10 Jun nanti. Selamat mencuba!

Tags: LIMIT ZERO BREAKERS
ShareTweetSend
Previous Post

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Pra-Tempahan Bermula; Sokongan Cross-Play & Watak Baharu Didedahkan!

Next Post

Sega Batal Projek Misteri ‘Super Game’ Selepas 5 Tahun – Kembali Fokus Pada IP Sedia Ada

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026
Berita

Tiada Lagi Update Baru Untuk Fighting Game ‘2XKO,’ Pembangunan Tamat Pada Disember 2026

August 21, 2026
Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War
Movie/siri

Dave Bautista Galas Watak Kratos Dalam Siri Live-Action God of War

August 21, 2026
Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0
DLC

Code Vein II Expansion ‘Mask of Idris’ Bakal Tiba 9 September Bersama Update Version 2.0

August 21, 2026
Next Post
Sega Batal Projek Misteri ‘Super Game’ Selepas 5 Tahun – Kembali Fokus Pada IP Sedia Ada

Sega Batal Projek Misteri ‘Super Game’ Selepas 5 Tahun – Kembali Fokus Pada IP Sedia Ada

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd