Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pendaftaran Awal StarSavior Kini Bermula, Akan Tiba Mac 2026!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 25, 2025
in Android, Artikel, Berita, Gacha, iOS, Mobile, RPG, Turn-Based
0 0
0
Pendaftaran Awal StarSavior Kini Bermula, Akan Tiba Mac 2026!
Share on FacebookShare on Twitter

Kiraan untuk pelancaran global RPG sci-fi “StarSavior” pun bermula secara rasmi. Peminat-peminat yang tidak sabar boleh mendaftarkan lebih awal untuk game ini melalui laman web rasminya, yang tersedia untuk Google Play Store dan juga Apple App Store. Tarikh pelancaran telah ditetapkan pada bulan Mac 2026.

StarSavior
Pre-registration is now open for Global!

▼ Pre-registration Schedule
▶️December 24, 2025 – Until the official launch

▼ How to Pre-register
1) Go to our Official Website. Official Website
2) Select the store you wish to pre-register for
3) Touch the "Pre-register"… pic.twitter.com/6Krp716v2s

— StarSavior Official (@StarSavior_EN) December 24, 2025

StarSavior merupakan sebuah RPG 3D berkonsepkan anime yang dibangunkan oleh Studio Bside, studio yang sama menghasilkan RPG popular, Counter:Side. Sebelum ini, game tersebut telahpun menemui pemain di Korea Selatan dan Jepun pada 20 November 2025, merangkumi platform Android, iOS, dan PC melalui Steam.

Berlatarkan sebuah kisah kosmik, pemain akan memegang watak sebagai seorang Captain di bawah agensi Nebula Observation Agency (NOA). Misi utama pemain adalah untuk memimpin sebuah kumpulan yang dikenali sebagai “Saviors”—terdiri daripada gadis-gadis berkemampuan kuasa bintang—dalam sebuah “Journey”.

Tujuan mereka adalah untuk mewarisi kekuatan seorang wira legenda dan pada masa yang sama menggagalkan usaha makhluk kosmik yang digelar Voidborns daripada memusnahkan alam semesta.

Dari segi gameplay, StarSavior membawakan sistem combat turn-based yang melibatkan satu pasukan dengan empat watak. Kitaran utama gameplay pula disifatkan seperti sebuah simulasi pengurusan, di mana pemain perlu melatih watak untuk memperoleh peralatan yang kuat bagi kegunaan dalam mod Player-vs-Player (PvP).

Game ini turut menyertakan sistem gacha bagi membolehkan pemain mendapatkan watak-watak baharu serta kad sokongan.

Sebagai ganjaran, pemain yang melengkapkan pra-pendaftaran untuk StarSavior bakal menikmati pelbagai bonus dan habuan istimewa in-game apabila ia dilancarkan secara rasmi nanti.

Tags: StarSavior
ShareTweetSend
Previous Post

Dari Pencipta Macross, Filem “Labyrinth” Bakal Tiba di Malaysia Pada Mac 2026!

Next Post

Penghujung One Piece Semakin Hampir, Eiichiro Oda Janjikan Cerita “Lebih Klimaks” Pada 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Penghujung One Piece Semakin Hampir, Eiichiro Oda Janjikan Cerita “Lebih Klimaks” Pada 2026

Penghujung One Piece Semakin Hampir, Eiichiro Oda Janjikan Cerita "Lebih Klimaks" Pada 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd