Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Penghujung One Piece Semakin Hampir, Eiichiro Oda Janjikan Cerita “Lebih Klimaks” Pada 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 25, 2025
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Penghujung One Piece Semakin Hampir, Eiichiro Oda Janjikan Cerita “Lebih Klimaks” Pada 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah hampir 30 tahun, pengembaraan Monkey D. Luffy bersama kru Straw Hat Pirates kini semakin menghampiri destinasinya. Pencipta “One Piece,” Eiichiro Oda, telah mendedahkan bahawa siri manga ini akan bergerak dengan lebih pantas menuju ke pengakhirannya.

Beliau menjanjikan tahun akan datang bakal dipenuhi dengan babak-babak penting serta pendedahan rahsia yang akan membawa jalan cerita ke hadapan pada “kepantasan luar biasa.”

Here is the special letter from Oda-sensei presented at JUMP FESTA's ONE PIECE stage!#ONEPIECE #ジャンプフェスタ pic.twitter.com/RpOMjMSBBB

— ONE PIECE スタッフ【公式】/ Official (@Eiichiro_Staff) December 21, 2025

Siri ini telah memulakan “Final Saga” sejak tahun 2022 dan telah secara berperingkat menghala ke arah penamatnya.

Semasa Jump Festa tahun ini, Oda telah menyampaikan mesej khas kepada peminat, dengan mengusik tentang perkembangan besar yang bakal berlaku pada tahun berikutnya seperti: kemungkinan kru Straw Hat Pirates akan sampai ke pulau terakhir; serta kemunculan watak misteri yang dikenali sebagai “lelaki dengan parut terbakar (Hinokizu).”

Dalam mesejnya, Oda secara samar bertanya, “Adakah kita akan sampai ke pulau yang hanya pernah dijejaki oleh King of the Pirates sebelum ini?” soalan yang merujuk kepada Laugh Tale, pulau di mana harta karun One Piece disembunyikan.

Beliau menambah, “‘Lelaki dengan parut terbakar’ akan muncul! Watak-watak yang tidak pernah bertemu sebelum ini akhirnya akan bertemu! … Saya rasa tahun hadapan akan menjadi tahun pertemuan.”

Final Saga ini telah pun melalui “Egghead Arc” dan kini penceritaannya berpusat di “Elbaph Arc,” negara kaum gergasi. Pengumuman Oda ini juga mengesahkan bahawa apa yang berlaku di Elbaph akan menjadi pentas utama bagi klimaks keseluruhan cerita.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1997, “One Piece” telah dinobatkan sebagai manga dengan jualan tertinggi dalam sejarah. Walaupun Oda telah memberi klu tentang penamatnya, pengembaraan ini masih mempunyai perjalanan yang panjang.

Selepas Elbaph, kru Topi Jerami perlu mengembara ke Lodestar Island, iaitu pulau terakhir yang sebelum ke Laugh Tale. Selepas itu, sebuah perang besar menentang World Government yang telah lama diramalkan dijangka akan berlaku.

Para peminat berspekulasi bahawa manga ini berkemungkinan besar tidak akan tamat sehinggalah awal tahun 2030-an.

Tags: one piece
ShareTweetSend
Previous Post

Pendaftaran Awal StarSavior Kini Bermula, Akan Tiba Mac 2026!

Next Post

‘Super Space Sheriff Gavan Infinity’ Memperkenalkan Era Tokusatsu Baharu Pada Februari 2026!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
‘Super Space Sheriff Gavan Infinity’ Memperkenalkan Era Tokusatsu Baharu Pada Februari 2026!

'Super Space Sheriff Gavan Infinity' Memperkenalkan Era Tokusatsu Baharu Pada Februari 2026!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd