Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pencipta GANTZ tidak tahu siapa yang mengarah adaptasi Live Action Hollywood!

Maira by Maira
November 15, 2021
in Anime, Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Pencipta GANTZ tidak tahu siapa yang mengarah adaptasi Live Action Hollywood!
Share on FacebookShare on Twitter

Pencipta siri asal Gantz memberikan reaksi yang mengejutkan terhadap berita yang mengatakan bahawa filem live action baru itu mendapat pengarah! Berita mengenai filem live action untuk francais manga Shueisha yang popular itu telah didedahkan pada tahun lepas. Bukan setakat itu, Sony Pictures yang akan membangunkan filem itu telah menandatangan kontrak bersama pencipta siri itu, Hiroya Oku untuk siri itu. Tetapi selepas itu, tiada kemas kini baru mengenai filem tersebut sehinggalah awal bulan ini. Sony Pictures telah mendedahkan bahawa filem live action Gantz telah menjumpai pengarah untuk projek itu.

Pengarah, Julius Avery yang pernah mengerjakan Overlord pada tahun 2018, telah menandatangai kontrak untuk menjadi pengarah projek baru yang diterbitkan oleh Sony dan Temple Hill dan dilaporkan juga bahawa Marc Guggenheim sedang mengusahakan skrip untuk filem tersebut. Walaupun tarikh mula pengeluaran filem itu masih lagi jauh, Oku melalui Twitternya mengejutkan peminat dengan fakta bahawa ini adalah kali “pertama” pencipta itu mendengar berita tentang kemajuan filem itu.

“Ini pertama kali saya mendengarnya.” Kata Oku melalui Twitter mengenai berita tentang pengarah baru untuk projek itu. Jawapannya itu telah membuatkan ramai peminat terkejut, Oku juga menjelaskan bahawa dia telah lama menandatangani kontrak mengenai filem live action itu tetapi tidak mengetahui tentang kemajuan yang sedang dibuat untuk filem tersebut. Kenyataan itu selaras dengan komen awal oleh Oku mengenai lesen live action tersebut dan bagaimana dia semakin tidak berpuas hati dengan lesen yang terikat untuk filem itu yang menghalang projek lain daripada dihasilkan.

“Ya, saya tidak boleh bercakap tentang semua butiran mengenai subjek itu, tetapi syarikat Hollywood mempunyai hak pada masa ini dan selagi mereka tidak mengembalikan hak itu kembali kepada kami, kami tidak akan dapat membuat anime atau adaptasi live action manga.” Jelas Oku. “Itulah jenis kontrak Hollywood; mereka memiliki semua adaptasi termasuklah anime dan live action, kecuali manga.”

Untuk liputan lain dari kami mengenai Gantz, sila klik pada pautan ini.

RelatedPosts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Sumber: comicbook

Tags: GANTZGantz live actionHollywood
Previous Post

Super Robot Wars 30 akan keluarkan Free Update pada 17 Nov, DLC 1 pada 19 Nov!

Next Post

Interview eksklusif: WoW Shadowlands – Eternity’s End bersama Steve Danuser & Morgan Day

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Interview eksklusif: WoW Shadowlands – Eternity’s End bersama Steve Danuser & Morgan Day

Interview eksklusif: WoW Shadowlands - Eternity’s End bersama Steve Danuser & Morgan Day

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd