Mesti korang tahu Franchise yang tersangat famous ni, Devil May Cry (DMC). Kali ini, aku agak terkejut bila aku dapat tahu yang ada game DMC untuk telefon pintar. Nak lagi best, development dia dah nak masuk setengah tahun dah. Nama untuk siri DMC mobile ini adalah Devil May Cry: War of The Peak. Korang boleh Pre-Register dekat Tap Tap, selain daripada itu, korang boleh tengok dekat Tap Tap yang ada diberitahu tentang pelancaran Beta pada November 2018. Dengar-dengar Official Website dia jugak dah ada.
Sebenarnya, developer tersebut dikatakan dipantau oleh team DMC yang asal. Mereka juga dah bagi lesen untuk mereka meneruskan dengan projek Devil May Cry: War of The Peak ni. Dengan objektif mereka yang ingin membawa pengalaman bermain DMC dalam mobile, sama seperti bermain di PC dan juga Console, kita sebagai pemain, boleh mengharapkan ianya sesuatu yang memuaskan bagi peminat game DMC. Walaupun bermain di mobile, korang masih lagi membuat Aerial Combo dan juga menukar-nukar senjata korang semasa berlawan.
Sumber: GamerBraves
@gamersantaimy
Discussion about this post