Game bergenre Battle Royale nampaknya makin membangun dengan pesat. Nak lagi best bila keluar beberapa game parodi untuk game yang bergenre Battle Royale macam game Totally Accurate Battlegrounds. Sekarang ada lagi satu game Battle Royale yang pelik, diberi nama Cuisine Royale. Apa yang pelik?
Sama jugak macam game Totally Accurate Battlegrounds, game ni dikatakan untuk April Fool dan dibangunkan oleh mereka yang bertanggungjawab dalam pembikinan game MMO-Shooter, Enlisted, iaitu mereka dari Darkflow Software. Berbeza dengan Battle Royale yang lain, game ni hanya akan meletakkan 30 pemain sahaja pada satu sesi.
Nak lagi best, korang boleh gunakan perkakas dapur untuk beperang. Apa jadah semuanya ni? Korang gunakan Colander sebagai helmet, dan kuali sebagai body armor korang. Selain itu, med kit juga ada untuk korang meneruskan perjuangan korang dalam peperangan ni, tetapi, rokok pun ada, baru nampak garang kan?
Cuisine Royale masih lagi dalam Early Access, dan korang boleh claim game ni secara percuma sebelum 25 Jun. Kalau korang berminat, apa lagi? Claim game ni cepat.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post