Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pandu MECHA EVA dengan controller istimewa di mobile Evangelion Battlefields!

Jarang sekali dapat kawal mecha pakai EVA..

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 11, 2020
in Android, Anime, Artikel, Berita, Figura/barang koleksi, iOS, Mobile
0 0
0
Pandu MECHA EVA dengan controller istimewa di mobile Evangelion Battlefields!
Share on FacebookShare on Twitter

Takara Tomy Arts akan mengeluarkan siri mainan baru untuk game mobile Evangelion Battlefields, yang akan dilancarkan di Jepun pada 26 Mac 2020. Mainan itu termasuk controller berbentuk EVA dan satu set figura-mini berdasarkan watak-watak daripada siri.

 

1 of 3
- +

Evangelion Battlefields adalah game “3D real-time action combat” yang meletakkan EVA menentang EVA. Pemain boleh mengawal unit mereka dengan menggunakan controller khas Takara Tomy Arts dan figura-mini yang disertakan sekali. Berikut adalah gameplay pendek untuk  Evangelion Battlefields apabila pemain menggunakan controller tersebut, bersama dengan ulasan permainan secara keseluruhan:

Controller ini berharga ¥4,980 (kira-kira RM202.08) dan datang dalam dua unit EVA berbeza: Unit EVA berwarna kuning/putih dan Unit 01 yang berwarna ungu. Pemain boleh menyambung controller ini ke telefon pintar melalui Bluetooth, lalu membolehkan mereka mengawal EVA dalam banyak cara berbeza. Yang menariknya, controller ini berfungsi seperti tetikus komputer! Ada butang untuk memasukkan arahan pertarungan, dan sangat mudah untuk bermain dengan hanya satu tangan. Pemain juga boleh menggerakkan controller untuk memandu EVA di sekitar medan pertempuran.

Figura pula akan berharga ¥750 (kira-kira RM30.44) bagi setiap satu. Beberapa watak terkenal termasuk Shinji, Asuka, Rei, dan Misato Katsuragi. Walau bagaimanapun, terdapat juga watak-watak asli dari game mobile ini juga. Terdapat 12 figura untuk peminat kumpul pada musim pertama. Figura ini akan dijual dalam kotak misteri, yang bermaksud pemain akan mendapat figura rawak ketika cuba mengumpulkan kesemua 12.

Figura-figura ini boleh diaktifkan apabila diletakkan di bahu EVA. Chip-ID di dalam figura akan diaktifkan, lalu menghasilkan efek istimewa dalam permainan. Setiap watak mempunyai kesan khas yang berbeza dan boleh berfungsi sebagai “pilot” atau “support.”

Evangelion Battlefields akan dikeluarkan untuk Android dan iOS pada 26 Mac 2020. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi rasmi Evangelion Battlefields atau Twitter mereka.

Tags: BluetoothControllerEVAEvangelion BattlefieldsFiguramainanMobileTakara Tomy Arts
Previous Post

Nak muat turun Call Of Duty: Warzone? Ini Cara dan Spesifikasi Keperluan Sistem yang diperlukan!

Next Post

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge rasmi keluar hari ini! Dapatkan sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge rasmi keluar hari ini! Dapatkan sekarang!

Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge rasmi keluar hari ini! Dapatkan sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd