Hari ini, Ubisoft mengumumkan bahawa Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge kini tersedia untuk PlayStation 4, Xbox One dan Windows PC. Operation Void Edge memperkenalkan dua Operator baru, Iana dan Oryx serta menampilkan peta Oregon yang telah direka semula sepenuhnya untuk meningkatkan daya mainan dan estetika. Selain itu, Ash akhirnya mendapat set lengkap Lara Croft, berdasarkan karakter ikonik daripada siri Tomb Raider.
Pemilik Year 5 Pass boleh bermain dengan dua Operator baru ini dengan serta-merta, manakala pemain lain akan dapat membuka Operator ini bermula 17 Mac menggunakan Renown atau R6 Credit. Kandungan tambahan seperti peta Oregon, boleh didapati secara percuma untuk semua pemain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua Operator baru ini, anda boleh semak artikel lama kami di bawah:
Dua OPERATOR baru untuk Tom Clancy’s Rainbow Six Siege: Operation Void Edge!
Antara penambahan baru di Operation Void Edge ialah:
- Konsistensi pada serpihan “barricade“:
- “barricade” yang dipukul akan menghasilkan serpihan yang lebih kecil.
- Lokasi spawn dron “Attacker“:
- dron akan sentiasa hidup di bangunan sama seperti pemain.
- Perubahan pada “Player Hub“: Bahagian “Play” direka semula.
- Perubahan pada Lesion dan Twitch:
- Lesion tidak lagi dapat melihat GU Mine melalui halangan, dan apabila musuh memijak GU, tidak akan ada kerosakan awal lagi. Walau bagaimanapun, nilai damage telah ditingkatkan daripada 4 kepada 6.
- Pada sisi Twitch, Shock Drone beliau kini akan bermula dengan tiga tembakan, tetapi akan mempunyai cooldown. Kuasa menembak juga telah dikurangkan kepada 1 titik damage.
- Diskaun harga Operator: Harga Mira dan Jackal kini ialah 10,000 Renown atau 240 R6 Credit, Lion dan Finka turun kepada 15,000 Renown atau 350 R6 Credit, manakala kos Mozzie dan Gridlock akan dikurangkan kepada 20,000 Renown atau 480 R6 Credit.
- Skin senjata Void Edge: Tiga seasonal weapon skin akan tersedia musim ini, masing-masing dengan gaya unik mereka sendiri.
- Saber Carve
- Clog Dance
- River Scale
- Year 5 Pass: Year Pass tahun ini mengandungi akses kepada enam Year 5 Operator dan enam headgear/ uniform eksklusif. Sebagai tanda terima kasih kepada pemilik Year 4 Pass yang memperbaharui pass mereka untuk Year 5, mereka juga menawarkan 600 R6 Credit, 2 Legendary Alpha Pack and 3 Epic Alpha Pack.
Untuk maklumat lanjut tentang Operation Void Edge, sila lawati laman web rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post