Siapa sangka yang kita boleh bersenam menjadi seorang Tamer! Bagi peminat Digimon, anda wajib gunakan device yang menarik untuk dijadikan sebahagian dari kehidupan seharian. Ini ialah pandangan pertama saya tentang Digimon Vital Bracelet. Terima kasih yang tidak terhingga buat Impulse Gaming untuk bracelet neon cool ini.
Buat masa ini, Vital Bracelet serta aplikasinya yang sesuai hanya tersedia dalam bahasa Jepun sahaja. Walaupun bracelet ini agak memakan kos bergantung dimana anda mendapatkannya, nasib baik, aplikasinya disediakan secara percuma.
Walaupun saya kurang pengetahun dalam bahasa Jepun, saya yakin bahawa minat dan ilmu saya terhadap Digimon sudah cukup untuk saya memahami aplikasi ini. Berikut adalah pandangan pertama saya setelah lebih kurang dua hari menggunakan Vital Bracelet ini dalam rutin harian saya.
Kegunaan Kad Dim
Berfungsi sama seperti kad SD mikro, kad Dim menyimpan data anda ke Digimon serta digivolutions mereka. Setiap kad Dim ini mengandungi Digimon yang berbeza dan semasa menulis artikel ini, hanya terdapat enam jenis kad Dim. Untuk mengetahui jenis Digimon apa yang ada dalam setiap kad, anda boleh membaca artikel ini.
Semasa memikirkan pilihan kad Dim mana yang akan dimasukkan ke dalam bracelet, ianya sangat penting untuk menyimpan kad dengan selamat. Ini kerana kad tidak didatangkan dalam kotak. Sebaliknya, mereka dimasukkan bersama kad plastik lain, yang terdedah kepada persekitaran. Oleh kerana kad Dim diperlukan untuk membuat Digimon, kehilangan kad Dim anda akan memberi kesan buruk dimana anda akan kehilangan kemampuan untuk membuat Digimon baru, dimana pengguna akan merasa rugi jika Digimon terakhir anda mati nanti.
Setelah membuat beberapa pertimbangan, saya akhirnya memilih kad dim Ancient Warriors. Di dalam kad dim tersebut mengandungi data Veemon yang hasilnya nanti menjadi ImperialDramon. Ini adalah target Digivolution yang saya mahukan. Harap-harap, saya dapat jadikan digimon saya ke potensi tertingginya sebelum ia mati.
Simulasi Penjagaan
Sebelum kad Dim saya mengeluarkan makhluk biru ikonik tersebut, ia menunjukkan bentuk bayinya iaitu Chicomon (Chibomon di barat). Saya sedikit kecewa kerana tidak banyak yang dapat dilakukan ketika di tahap ini. Vital Bracelet masih dalam fasa step tracking, dan option lain di menu bracelet masih tidak dibuka.
Selepas beberapa jam, bracelet saya tiba-tiba berdering rupanya Chicomon digivolved menjadi Chibimon! Namun, option yang sama tetap terkunci, dan ketika itulah saya tahu apabila cabaran sebenar untuk membesarkan Digimon bermula dari level Rookie dan seterusnya.
Dari peringkat Fresh menjadi Rookie, Digimon akan digivolve secara automatik selepas beberapa jam. Setelah mereka sampai di Rookie, latihan pemain dan prestasi Digimon dalam pertarungan akan menentukan jalan digivolution mereka.
Namun, ianya tidak semudah yang disangkakan kerana Digimon kita boleh mati. Sekiranya Vital Bracelet tidak mencatat degupan jantung kita dalam tempoh 24 jam atau jika anda tewas dalam perlawanan berturut-turut, Digimon akan mati dan anda perlu memulakan semula permainan.
Bersenam menggunakan bracelet
Setelah Chibimon akhirnya digivolve menjadi Veemon, saya akhirnya dapat memulakan misi. Ikon beg tinju di bracelet saya menyediakan pelbagai misi, mulai dari mencapai takat langkah tertentu hingga melakukan squats selama 20 saat.
Sangat mudah untuk menipu bracelet ini bagi mengira langkah anda. Hanya dengan melambaikan tangan sahaja, device ini dapat mengesan langkah anda. Langkah saya turut dikira semasa memandu kereta.
Walaupun ianya mungkin bukan step tracker yang paling tepat, ia membantu dalam memberikan kelebihan untuk membesarkan Digimon anda. Orang kurang upaya boleh menggunakan device ini kerana Vital Bracelet mempunyai fungsi disabled-friendly. Apa-apa jenis gerakan, termasuk menolak roda pada kerusi roda secara manual akan dikira juga sebagai langkah.
Amat penting untuk diingatkan yang bracelet ini tidak kalis air dan tahan debu. Pengguna dinasihatkan menanggalkan bracelet ketika mencuci tangan, menurut laman portal rasmi Digimon. Peluh dari senaman tidak menjadi masalah dan ia masih berfungsi dengan baik, tetapi cuba elakkan dari mencucinya!
Di samping itu, anda juga perlu mengecas bracelet dengan kerap kerana jangka hayat bateri device ini tidak seperti fitness tracker lain. Setelah menggunakannya sehari, baterinya hampir habis, seperti yang dinyatakan Bandai dalam FAQ untuk bracelet tersebut.
Misi utama kita
Bermula dengan peringkat Rookie dan seterusnya, misi utama pengguna adalah untuk mendapatkan Vital Points dan Trophies, kedua-duanya merupakan faktor penting dalam digivolution peneman anda.
Normal mission adalah melakukan tugas jangka masa yang panjang untuk diselesaikan, seperti memperoleh sejumlah Vital Points tertentu atau jumlah langkah yang banyak. Manakala Hard mission adalah melakukan rutin latihan, seperti squat, berlari atau crunch selama tempoh beberapa saat. Special mission hanya diperoleh dari aplikasi yang akan memberikan pelbagai reward kepada pemilik sementara Adv mission adalah tempat dimana pertempuran berlaku.
Dalam Adv mission, pertempuran akan tercetus secara automatik, biasanya setelah beberapa jumlah langkah tertentu. Pertempuran akan berlangsung secara automatik dan bergantung pada statistik dan seberapa kuat Digimon, dimana Digimon mungkin menang atau kalah (dan mungkin mati). Bagi mereka yang bimbang ketika bracelet berdering semasa anda sedang melakukan perkara penting, anda boleh menurunkan volume Vital Bracelet supaya penggera tidak mengganggu orang sekeliling.
Malang sekali, bracelet ini tidak memberi anda pilihan untuk kembali ke layar sebelumnya sekiranya anda tidak mahu menjalankan misi ini. Sebagai contoh, saya menekan Hard mission yang menunjukkan tugas, tetapi tidak ada cara untuk saya kembali ke paparan sebelumnya melainkan saya menunggunya sekitar 20 saat sehingga bracelet menjadi gelap, atau jika saya mematikan device secara manual.
Tambahan pula, Adv mission secara automatik akan membawa anda ke peringkat seterusnya jika anda memenangi peringkat semasa. Sebaik sahaja berada dalam Adv mission, anda tidak boleh melakukan perkara lain seperti memindahkan Digimon atau mengubah setting bracelet. Sebagai contoh, saya terpaksa bertarung Veedramon, yang jauh lebih kuat daripada Veemon saya. Saya tidak boleh menghentikan pertempuran ini kecuali dengan cara mematikan bracelet dan memadam rekod langkah di dalam log. Selain dari itu, tidak ada cara alternatif untuk maju.
Digimon anda akan tidur selama beberapa jam setiap hari bergantung pada personaliti mereka. Tiada misi yang akan diterima semasa Digimon anda sedang tidur. Bila kita busy, dia tidur itu okay. Tapi bila kita busy, dia takk tidur, maka itu menjadi masalah. Satu-satunya cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menyesuaikan jam di Vital Bracelet.
Fungsi Vital Bracelet App
Juga dikenali sebagai Vital Bracelet Lab, ini adalah bahagian kedua dari keseluruhan pengalaman. Aplikasi percuma ini membantu mencatat keseluruhan aktiviti anda. Dari merekod jumlah langkah hingga keseluruhan prestasi kita sebagai seorang Tamer, aplikasi ini akan membantu memberitahu betapa aktifnya kita selama beberapa hari.
Anda boleh memuat turun Vital Brace Lab di AppStore dan di Google Play Store tetapi ia hanya tersedia di Jepun. Di Malaysia, pengguna boleh menggunakan VPN untuk menyambung ke server Jepun untuk memuat turun, manakala pengguna iOS boleh memilih untuk membuka akaun Apple Jepun. Sebagai alternatif, pengguna Android boleh memuat turun aplikasi ini di QooApp.
Aplikasi ini juga penting untuk storkan Digimon anda. Selain membolehkan kita beralih kepada beberapa Digimon lain, aplikasi ini juga penting untuk melakukan Jogresss evolution atau DNA Digivolution. Berdasarkan manual Jepun untuk Vital Bracelet, anda dapat DNA digivolve seekor Digimon tertentu dengan menggabungkan satu digimon yang aktif dan satu digimon dalam storan.
Selain itu, aplikasi ini adalah tempat untuk menetapkan special mission dalam bracelet anda. Anda juga dapat menyelesaikan cabaran daily, normal atau event challenge yang memberi anda V-Coins. V-Coins adalah nilai mata wang yang digunakan dalam in-game shop, di mana anda boleh membeli lebih banyak special mission atau pelbagai item untuk memudahkan pembesaran Digimon.
Walaupun bahasa aplikasi ini sepenuhnya dalam bahasa Jepun, arahannya cukup jelas dan mudah untuk difahami berkat imej. Walaupun anda tidak memahami bahasa Jepun, tidak ada cerita, dialog atau perkara yang sukar untuk pengguna Vital Bracelet fahami.
Penutup
Vital Bracelet sama sekali bukan fitness tracker yang sempurna. Namun, ia tetap mengekalkan konsep seolah-olah anda menggunakan Digivice. Kita harus mempelajari tentang tabiat Digimon serta bagaimana untuk memaksimumkan potensi sepenuhnya, walaupun kita perlu usaha sedikit untuk melakukannya. Perlu diingat bahawa semua perkara di atas hanyalah pandangan awal saya tentang Digimon Vital Bracelet. Saya belum meneroka sepenuhnya tentang Digivolutions sendiri.
Untuk sesiapa yang berminat, anda boleh membeli:
- Digimon Vital Bracelet (edisi standard) pada harga RM229 .
- Digimon Vital Bracelet Green edition pada harga RM259.
- Kad Dim pada harga RM69.
Semuanya boleh dapatkan di kedai Impulse Gaming. Memang harganya sangat sesuai untuk fans Digimon atau gamer yang mencari motivasi untuk bersenam. Maka tamatlah ulasan ini! Untuk segala liputan kami tentang francais Digimon, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post