Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Overwatch rasmi mempunyai fitur Cross-Play! Mudah bermain bersama kawan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 23, 2021
in Artikel, Battle Royale, Battle.net, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Overwatch rasmi mempunyai fitur Cross-Play! Mudah bermain bersama kawan!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai permainan multiplayer, ramai yang tertanya kenapa Overwatch tidak ada fitur cross-play. Memandangkan pelaksanaan cross-play semakin popular dan sekarang dianggap sebagai standard dalam permainan multiplayer terkini, Activision Blizzard turut mengesahkan bahawa ciri cross-play kini akan disertakan ke dalam Overwatch. Walaupun masih dalam versi beta, ia kini tersedia mulai hari ini.

Halaman media sosial rasmi Overwatch berkongsi trailer pendek untuk mengumumkan pelancarannya, di mana fitur cross-play kini aktif di setiap pelantar permainan termasuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X/S, dan Nintendo Switch. Untuk memberi insentif kepada pemain untuk, sesiapa yang log masuk ke Overwatch sebelum tamatnya tahun 2021 akan menerima Golden Loot Box percuma.

Trailer ini juga memberikan penjelasan ringkas mengenai cara menggunakan cross-play. Yang diperlukan adalah supaya pemain konsol membuat akaun Battle.net. Pemain kemudian akan menerima mesej setelah membuka permainan untuk menghubungkan akaun Battle.net dengan akaun konsol yang digunakan. Pemain PC tidak perlu melakukan apa-apa kerana mereka sudah mempunyai akaun Battle.net.

Laman web rasmi menerangkan dengan lebih terperinci dan menawarkan bahagian FAQ untuk menjawab soalan tertentu yang mungkin pemain keliru. Pertama sekali, pemain konsol kini wajib memiliki akaun Battle.net untuk bermain, walaupun mereka tidak ingin menggunakan fitur cross-play. Seterusnya, fitur cross-progression belum dilaksanakan, jadi pemain tidak dapat berkongsi kemajuan mereka di pelantar berbeza.

Oleh kerana ada beberapa pemain yang hanya ingin bermain bersama pihak lawan di pelantar yang sama, cross-play boleh dimatikan. Oleh kerana ia diaktifkan secara automatik, pemain perlu mematikannya dalam menu utama. Walau bagaimanapun, pemain PC tidak boleh mematikan fitur ini.

Blizzard juga menerangkan serba sedikit tentang fitur aim-assist, yang dianggap oleh beberapa orang sebagai kelebihan yang tidak adil dan merupakan sebab utama mengapa pemain PC tidak mahu bermain bersama pemain konsol. Untuk menyelesaikan isu tersebut, jika pemain konsol bermain bersama dengan pemain PC, maka fitur aim-assist di konsol akan dimatikan secara automatik.

Overwatch boleh didapati di Nintendo Switch, PC, PlayStation 4, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Activision Blizzard

Tags: Blizzardcross-playnintendo switchOverwatchPCPlayStation 4Xbox One
Previous Post

NEO: The World Ends With You mendedahkan perincian baru termasuk, gameplay, kombat dan banyak lagi!

Next Post

Gameplay The Great Ace Attorney Chronicles didedahkan lebih mendalam di trailer baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Gameplay The Great Ace Attorney Chronicles didedahkan lebih mendalam di trailer baru

Gameplay The Great Ace Attorney Chronicles didedahkan lebih mendalam di trailer baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd