Baru-baru ini Capcom telah melancarkan sebuah video trailer baru untuk The Great Ace Attorney Chronicles yang lebih mendalam mengenai teras serta mekanisme gameplay. Trailer gameplay ini mempamerkan urutan dan pengadilan dari Ace Attorney klasik sambil menyiasat dua kes baru. The Great Ace Attorney Chronicles akan dilancarkan ke Amerika Utara dan Eropah bermula 27 Julai untuk platform Nintendo Switch, PlayStation 4 dan Steam.
Di dalam trailer terbaru yang dikongsikan Capcom, pemain diberi pandangan dari tempat duduk depan untuk melihat suasana dalam mahkamah, visual watak yang lebih menarik dan gameplay mendebarkan di The Great Ace Attorney Chronicles. Kita juga ditunjukkan yang pemain akan bermain sebagai Ryunosuke Naruhodo, dan ketua mahkamah legenda iaitu Phoenix Wright. Pemain juga akan dibantu oleh peguam Susato Mikatoba serta detektif terhebat dari London, iaitu Herlock Sholmes dalam menyelesaikan misteri di sebalik 10 kes berisiko tinggi yang berlaku pada akhir abad ke-19 semasa Zaman Meiji Jepun dan Era Victoria.
Selain itu, teras gameplay untuk siri kali ini lebih melibatkan pada Investigation dan Courtroom Battles. Semasa di Investigation, pemain akan mengunjungi tempat kejadian bagi mengumpulkan bukti, berinteraksi dengan saksi serta mencari segala petunjuk. Sebagai tambahan baru untuk game ini, Ryunosuke juga akan bekerjasama dengan Sholmes dan terlibat dalam kes “Dance of Deduction”. The Great Ace Attorney Chronicles bakal memberikan pemain tugas untuk memperbaiki kesimpulan luar biasa Sholmes bagi mengungkap fakta sebenar kes tersebut.
Tambahan pula, nasib tertuduh kini terletak di tangan pemain semain semasa Courtroom Battles, dimana ada harus mengemukakan bukti, menyoal saksi utama dan membuat kes mereka mendapat keputusan “Not Guilty”. Dan penambahan baru dalam siri ini adalah “Summation Examination”, di mana pemain perlu menunjukkan ketidakkonsistenan antara pernyataan juri untuk memajukan kes ini.
The Great Ace Attorney Chronicles kini tersedia untuk pra-pesan bagi Switch, PS4 dan Steam. Bagi mereka yang membeli pada 1 September 2021, jam 6:59 pagi, akan menerima “From the Vaults” sebagai Early Purchase Bonus yang memiliki 54 koleksi seni dan lagu yang tidak pernah dilancarkan sebelum ini. Untuk membaca segala liputan kami mengenai The Great Ace Attorney Chronicles, anda boleh tekan sahaja pada pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post