Diumumkan hari ini di BlizzCon 2023, hero baru Mauga nampaknya akan tiba di medan perang Overwatch 2 menerusi dalam acara “trial weekend”, yang tersedia sekarang hingga Ahad, 5 November. Sempena itu, mereka telah mengeluarkan trailer baru yang korang boleh tonton di bawah:
Secara am, Mauga ialah Tank Hero dengan kit yang direka untuk merempuh barisan hadapan dan melaga-lagakan pihak lawan dalam pertempuran jarak dekat, dengan menggunakan dua Chaingun yang boleh sama ada ditembak secara individu atau serentak.
Nyalakan musuh dengan Incendiary Chaingun “Gunny” untuk membakar mereka apabila mereka menerima damage yang mencukupi, kemudian tamatkan mereka dengan serangan kritikal daripada Volatile Chaingun “Cha-Cha” miliknya. Pada masa yang sama, dia dipasangkan dengan passive Berserker, yang memberikan nyawa sementara setiap kali dia melakukan damage kritikal.
Mauga juga membawa beberapa kebolehan untuk menyokong pasukannya juga. Mauga boleh menembusi barisan hadapan dengan Overrun, abiliti rempuh yang tidak boleh dihentikan oleh mana-mana crowd control (CC) musuh, dan menghentam lawan untuk melakukan knockback.
Apabila pertarungan semakin sengit untuk pasukannya, dia mempunyai Cardiac Overdrive untuk mencipta aura yang mengurangkan damage yang masuk, lalu membolehkan rakan menyembuhkan diri mereka sendiri.
Akhir sekali, Mauga boleh melepaskan Cage Fight, abiliti ultimate-nya. Cage Fight memerangkap musuh berdekatan dalam gelanggang pertempuran. Penghalang ini menyekat damage atau penyembuhan musuh dari luar, dan memaksa mereka yang terperangkap di dalam untuk menghadapi Mauga secara berdepan.
Seperti saya kata tadi, Mauga akan tersedia menerusi trial weekend, yang tersedia untuk semua platform. Dia tersedia untuk dipilih sebagai hero Tank dalam semua mode kecuali Competitive Play.
Sebaik sahaja trial weekend berakhir, Mauga akan kembali untuk keluaran rasminya dalam Overwatch 2 Season 8 pada 5 Disember. Pemain dapat memperoleh Mauga serta-merta apabila membeli Season 8 Premium Battle Pass atau mencapai Tier 45 dalam Battle Pass standard.
Overwatch 2 kini tersedia untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Battle.net dan Steam.
Baca segala liputan kami tentang BlizzCon di SINI!
@gamersantaimy
Discussion about this post