Gen V ialah siri TV superhero Amerika yang merupakan spin-off Siri TV The Boys, dan berdasarkan arc komik The Boys “We Gotta Go Now” oleh Garth Ennis dan Darick Robertson. Siri ini, berlaku serentak dengan musim keempat The Boys, ditayangkan di Amazon Prime Video pada 29 September 2023. Pada Oktober 2023, kurang daripada sebulan selepas tayangan perdana, siri ini telah disahkan untuk musim kedua. Apa yang best sangat siri ini sampai dapat musim dua? Teruskan baca review kami!
Plot
Gen V berlatarkan dunia The Boys, selepas musim 3 siri. Ia mengembangkan universe ke Universiti Godolkin, kolej wira-wira yang berprestij, di mana pelajar berlatih untuk menjadi generasi wira seterusnya. Sama seperti cerita The Boys, apabila Supes sudah menjadi teruk, tetapi tidak semua superhero menjadi begitu. Di sebalik kekacauan biasa kolej dan berpesta, pelajar-pelajar ini menghadapi situasi yang gila. Memandangkan pelajar bersaing untuk mendapatkan populariti dan gred yang baik, jelas bahawa pertaruhannya lebih tinggi apabila kuasa super terlibat.

Watak utama cerita ini Marie Moreau (Jaz Sinclair) ialah seorang gadis berusia 18 tahun dengan kebolehan mengawal darah seperti senjata. Semasa dia kecil, kali pertama dia mengetahui tentang kuasa besarnya, dia terlalu takut kerana dia secara tidak sengaja membunuh ibu bapanya dan adik-beradiknya adalah satu-satunya saksi. Dan ini menjadi mimpi ngeri terbesarnya. Selepas itu Marie masuk ke rumah anak yatim “Red River Institute” yang muncul dalam The Boys S3. Apabila Marie berumur 18 tahun, dia meninggalkan rumah tersebut dan masuk ke Universiti Godolkin yang dikendalikan oleh Vought. Nampaknya universiti itu mempunyai rahsia gelapnya tersendiri.

Kekal dengan vibe The Boys
Bercakap tentang The Boys sudah tentu ia mempunyai darah, keganasan, seks dan perkara jijik lain. Gen V juga tidak jauh bezanya tetapi disampaikan dengan cara yang berbeza. Daripada tunjukkan darah secara terang-terangan, ia menggunakan cara yang lebih halus. Keganasan yang ditunjukkan juga hampir sama tahap dengan siri The Boys.

Persembahan watak yang baik
Pada mulanya, kami tidak tahu tentang watak. Kami menyangka bahawa kumpulan pelajar terbaik itu hanyalah playboy dan mempunyai ibu bapa yang kaya boleh membenarkan mereka menjadi raja sekolah. Tetapi selepas beberapa episod, kita mengetahui semua watak mempunyai mimpi ngeri dan personaliti mereka, serta bagaimana mereka mengatasinya. Walaupun mereka berjuang untuk atasi mimpi ngeri tersebut, ia benar-benar hebat, kerana pada mulanya mereka hanya seperti kanak-kanak yang dikawal oleh ibu bapa mereka, dan akhirnya mereka mempunyai pemikiran mereka sendiri dan berjuang untuk hak mereka sendiri.
Watak-watak pada The Boys juga muncul dalam Gen V. Walaupun kebanyakkannya hanya kameo. Tetapi kita akan melihat Homelander dan Billy Butcher muncul menghubungkan keseluruhan cerita dengan siri The Boys. Mungkin kita akan melihat watak Gen V dalam musim baru The Boys nanti.

Kesimpulan
Kami akan berikan Gen V 9/10. Walaupun, adegan pergaduhan tidak sebanyak The Boys, tetapi setiap babak itu sangat bagus dan saya sangat menikmatinya. Plot siri TV itu hebat, menunjukkan perkembangan watak yang begitu besar dan sesuai dalam cerita. Tidak menggunakan terlalu banyak masa untuk menerangkan watak dan juga meninggalkan beberapa petunjuk untuk diceritakan pada musim kedua. Tidak sabar rasanya untuk menonton sambungannya.
Gen V boleh ditonton melalui Amazon Prime Video. Untuk membaca review lain daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
The Review
Gen V (Series)
PROS
- Penceritaan yang baik
- Perkembangan watak yang bagus
CONS
- Pacing cerita terlalu tergesa-gesa
Discussion about this post