Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2026
in Artikel, Berita, Epic Store, PC, Steam
0 0
0
Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah melancarkan alat benchmark PC percuma untuk Onimusha: Way of the Sword bagi memudahkan pemain menguji prestasi komputer mereka sebelum pelancaran rasmi game tersebut. Menurut CAPCOM SEA, aplikasi utiliti ini sudah ditawarkan di Steam dan Epic Games Store. Walau bagaimanapun, hasil carian kami di Steam setakat ini mendapati ia masih belum ada di platform tersebut. Ada kemungkinan alat ini akan dilancarkan pada bila-bila masa sahaja hari ini.

The Onimusha: Way of the Sword Benchmark tool is now available on Steam and the Epic Games Store!

Measure your PC's performance for free while playing the demo of Onimusha: Way of the Sword.

⚙️ https://t.co/UY0NwdB61q pic.twitter.com/DEH5A3QBqf

— Onimusha: Way of the Sword (@OnimushaGame) July 14, 2026

Onimusha: Way of the Sword merupakan entri seterusnya dalam francais aksi samurai Capcom selepas 20 tahun; kali terakhir adalah melalui Onimusha: Dawn of Dreams pada 2006. Sepatutnya keluar pada akhir September, Capcom telah mempercepatkan tarikh pelancaran kepada 4 September 2026. Game ini mengikuti kisah samurai legenda, Miyamoto Musashi, yang menggunakan kuasa Oni Gauntlet untuk menyelamatkan Kyoto era Edo daripada ancaman tentera iblis Genma.

Melalui sesi demonstrasi, alat benchmark ini akan menilai sejauh mana kelancaran ga,e ini pada sistem PC anda. Berikut adalah cara ia berfungsi, metrik yang diuji, serta cara untuk memulakannya.

Metrik yang Dinilai oleh Alat Benchmark

Semasa ujian dijalankan, alat ini akan menganalisis sistem anda dan memaparkan maklumat berikut:

  1. Performance Score: Sistem akan memberikan markah keseluruhan berdasarkan tahap kesediaan PC anda:
  • 25,000+: Excellent
  • 20,000 – 24,999: Good
  • 11,000 – 19,999: Playable
  • 7,000 – 10,999: Setting changes recommended
  • 5,000 – 6,999: Setting changes required
  • 0 – 4,999: Insufficient performance
  1. FPS & 1% Low: Alat ini bukan sahaja memantau purata FPS, malah memaparkan nilai “1% Low” FPS (purata frame rate semasa adegan paling berat). Nilai ini penting untuk tahu sama ada anda bakal berdepan masalah stuttering ketika aksi pertempuran sengit.
  2. Performance Graph: Graf visual ini memaparkan perubahan frame rate sepanjang ujian. Keputusan ujian semasa diwakili oleh garisan kuning, manakala ujian sebelum akan ditunjukkan sebagai garisan biru. Ini memudahkan anda membandingkan kesan perubahan tetapan grafik.
  3. Setting: Anda boleh menukar tetapan paparan, grafik, audio, dan bahasa secara langsung di dalam aplikasi benchmark.

Selain itu, beberapa fungsi lain turut disediakan:

  • Frame Interpolation: Ciri ini memberikan visual yang lebih lancar, namun mungkin akan menurunkan sedikit skor benchmark disebabkan beban kerja tambahan pada pemproses grafik.
  • Loop Mode: Sesuai untuk melakukan stress-test komputer dalam tempoh yang lama. Apabila diaktifkan, ujian akan diulang secara automatik 60 saat selepas skrin keputusan dipaparkan.

Spesifikasi Sistem & Info Muat Turun

Alat benchmark ini memerlukan ruang storan sebanyak 18 GB. Sila semak spesifikasi PC dengan keperluan sistem rasmi berikut sebelum memulakan ujian:

Spesifikasi Minimum (Sasaran 1080p / 30 FPS):

  • OS: Windows 11
  • CPU: Intel Core i5-8400 atau AMD Ryzen 3 3100
  • Memori: 16 GB RAM
  • GPU: Nvidia GeForce GTX 1660 (6GB) atau AMD Radeon RX 5500 XT (8GB)
  • DirectX: Versi 12
  • Storan: SSD diperlukan (50 GB ruang kosong untuk game penuh)

Spesifikasi Disyorkan (Sasaran 1080p / 60 FPS):

  • OS: Windows 11
  • CPU: Intel Core i5-10400 atau AMD Ryzen 5 3600
  • Memori: 16 GB RAM
  • GPU: Nvidia GeForce RTX 2060 Super (8GB) atau AMD Radeon RX 6600 (8GB)
  • DirectX: Versi 12
  • Storan: SSD diperlukan (50 GB ruang kosong untuk game penuh)

The demo will receive an update in the future to address this, but will not contain new content. Players who have save data from the demo will still receive the bonus in the full game.

— Onimusha: Way of the Sword (@OnimushaGame) July 2, 2026

Jika ingin mencuba sendiri mekanik combat, demo khas turut disediakan sekarang. Dengan bermain demo tersebut dan mengekalkan save data, anda akan menerima ganjaran berupa “Kubi Akari charm” dalam game penuh nanti. Aksesori ini akan memberikan buff tambahan kepada Musashi apabila game penuh dilancarkan pada September 2026.

Tags: Onimusha: Way of the SwordPC
ShareTweetSend
Previous Post

Apex Legends x Cyberpunk Bermula Sekarang – Alami Modifikasi Cyberware & Dapatkan Skin Edgerunner

Next Post

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage
Eksklusif

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage

July 14, 2026
[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden
Eksklusif

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

July 14, 2026
Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series
Berita

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

July 14, 2026
Next Post
Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd