Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends x Cyberpunk Bermula Sekarang – Alami Modifikasi Cyberware & Dapatkan Skin Edgerunner

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 14, 2026
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends x Cyberpunk Bermula Sekarang – Alami Modifikasi Cyberware & Dapatkan Skin Edgerunner
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, EA dan Respawn Entertainment secara rasmi membawa dunia Cyberpunk milik CD Projekt Red ke dalam Apex Legends.

Bermula hari ini (14 Julai), acara masa terhad Apex Legends x Cyberpunk ini akan menyaksikan perubahan visual pada peta E-District, pengenalan abiliti Cyberware yang mengubah corak combat, serta koleksi skin yang diinspirasikan daripada Cyberpunk 2077 dan siri anime spin-off Cyberpunk: Edgerunners.

Tarikan utama kolaborasi ini ialah perubahan estetika pada peta E-District. Menerusi mod Wildcard, peta ini diubah wajah menjadi bandar raya futuristik yang diterangi lampu neon, lengkap dengan skybox yang tinggi menjulang, imej koi holografik gergasi yang ‘berenang’ di udara, serta papan iklan korporat yang mengalami “glitching”.

Oleh kerana perubahan ini hanya terhad kepada playlist Wildcard, pemain yang ingin menikmati mod Battle Royale tradisional atau Ranked tidak perlu risau tentang perubahan kosmetik atau mekanik sementara ini menjejaskan prestasi mereka dalam mod kompetitif.

Ketika bertarung di E-District, pemain boleh mendapatkan dua modifikasi Cyberware berbeza yang menawarkan kelebihan taktikal dan pergerakan baharu:

  • Sandevistan: Direka untuk kelajuan maksimum, mod ini membolehkan pemain melakukan dash pantas ke mana-mana arah sambil mengecas semula shield mereka. Pemain juga boleh menggabungkan dua kali dash berturut-turut di udara untuk menghampiri musuh dengan pantas atau melarikan diri daripada situasi berbahaya.
  • Blackwall Breach: Abiliti ini membolehkan pemain ‘masuk’ Net secara sementara untuk mengubah kedudukan dengan selamat. Apabila muncul semula di medan perang, ia akan mencetuskan gelombang EMP yang merosakkan shield musuh dan mendedahkan lokasi mereka.

Bagaimanapun, pergantungan yang melampau terhadap teknologi ini ada risikonya. Setiap kali abiliti Cyberware digunakan, meter Cyberware Capacity pemain akan meningkat. Sekiranya meter ini mencapai tahap maksimum (redlining), pemain akan mengalami Cyberpsychosis.

Apabila berada dalam fasa “Cyberpsycho”, pemain akan menerima peningkatan kelajuan pergerakan yang drastik serta damage melee yang sangat kuat. Namun, pengorbanannya amat besar: pemain tidak boleh menggunakan senjata, abiliti biasa, shield, mahupun throwable. Bagi mengawal fasa ini dan mengekalkan sifat ‘kemanusiaan’ mereka, pemain perlu mencari Immunoblocker Syringes di sekitar peta atau mengaktifkan Immunoblocker Caches untuk mengosongkan semula meter kapasiti tersebut.

“My, I feel so exposed. How embarrassing."
– Skippy https://t.co/9JVMQlP7Kw pic.twitter.com/1MFs6Bw6YM

— Apex Legends (@PlayApex) July 7, 2026

Peminat Cyberpunk 2077 pasti akan kenal Skippy, pistol bercakap berkuasa AI yang membuat kemunculan sulung dalam Apex Legends sebagai skin senjata Mythic untuk Alternator. Pemain boleh menukar mod senjata ini mengikut kesesuaian antara tetapan klasik “Puppy Loving Pacifist” atau “Stone Cold Killer”.

Sepanjang berlawan, Skippy akan memberikan ulasan lawak tentang aksi anda dan sesekali menyindir tindakan kejam yang dilakukan. Dengan menaik taraf skin ini menggunakan Exotic Shard, pemain boleh membuka visual senjata yang unik, skin ordnance (seperti bom tangan) yang sepadan, serta kesan knock menarik.

Di samping itu, pemain boleh menyelesaikan pelbagai cabaran acara bagi mengumpul “Eddies” (mata wang dalam game) untuk ditukarkan di Reward Shop dengan pelbagai ganjaran menarik, termasuk skin Arasaka Epic untuk Valkyrie dan skin Kang-Tao Epic untuk Mirage.

Respawn bekerjasama rapat dengan CD Projekt Red bagi menghasilkan lapan skin yang disesuaikan dengan gandingan watak Cyberpunk mereka:

  • Axle sebagai Lucy (Edgerunners)
  • Sparrow sebagai David Martinez (Edgerunners)
  • Rampart sebagai Rebecca (Edgerunners)
  • Crypto sebagai Male V
  • Lifeline sebagai Female V
  • Gibraltar sebagai Royce
  • Loba sebagai Panam Palmer
  • Ash sebagai Lizzy Wizzy

Kedai dalam game turut menawarkan lapan skin senjata baharu seperti Wingman, Charge Rifle, Mastiff, L-STAR, P2020, RE-45, R-301, dan Kraber.

Game ini sedia dimainkan di PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X|S, Nintendo Switch, Nintendo Switch 2, serta PC (melalui EA App, Epic Games Store, dan Steam).

Tags: Apex LegendsCyberpunk
ShareTweetSend
Previous Post

Octopath Traveler I & II Akan Menuju Ke Nintendo Switch 2 Pada Oktober 2026

Next Post

Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage
Eksklusif

[Eksklusif] Adaptasi Game Ke Media Lain & Mengapa Pembangun Indie Sentiasa Mendahului AAA, Menurut Jon Carnage

July 14, 2026
[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden
Eksklusif

[Eksklusif] Pengarah Kreatif NeoBards, Al Yang, Membedah Nilai Sebenar Sebuah Game Moden

July 14, 2026
Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series
Berita

Menurut Pakar Analisis, GTA VI Tidak Mampu Capai 60 FPS Di PS5 & Xbox Series

July 14, 2026
Next Post
Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma

Onimusha: Way of the Sword – Uji PC Anda Dengan Alat Benchmark Percuma

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd