Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

One Piece Odyssey (Demo) – Luffy dan krew Straw Hat masuk alam JRPG!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 3, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Demo, JRPG, PC, Preview, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
One Piece Odyssey (Demo) – Luffy dan krew Straw Hat masuk alam JRPG!
Share on FacebookShare on Twitter

Pada lewat Mac 2022, kita dapat berita bahawa Bandai Namco sedang sibuk mengusahakan One Piece Odyssey sempena ulang tahun ke-25 francais manga/anime popular tersebut. Dilabel sebagai turn-based JRPG dengan jalan cerita original yang memfokuskan pengembaraan krew Straw Hat di pulau baru, kami cukup bernasib baik untuk mencuba demo One Piece Odyssey.

Seperti saya kata tadi, One Piece Odyssey adalah turn based RPG, bukan action adventure seperti World Seeker atau Pirate Warriors – jadi adalah sedikit kerisauan memandangkan ini bukan genre tipikal untuk saya bermain One Piece. Tetapi selepas mencuba demo One Piece Odyssey, saya boleh kata pengalamannya sangat seronok – mungkin paling seronok setakat ini bagi mana-mana game One Piece.

Inilah preview saya untuk One Piece Odyssey versi demo!

Jalan cerita (tanpa spoiler)

Semasa berlayar, kapal Thousand Sunny milik geng Straw Hat telah ditelan oleh ribut besar. Apabila bangun, masing-masing mendapati diri mereka terkandas di sebuah pulau misteri dan terpisah antara satu sama lain. Sebagai Monkey D. Luffy, mulakan pengembaraan baharu penuh dengan keajaiban semula jadi, musuh yang kuat dan pertemuan aneh bersama penduduk tempatan.

Bekerjasama dengan Luffy dan krew untuk belayar sekali lagi!

Mula-mula, kami menonton sinematik di mana Luffy dan krew Straw hat terperangkap dalam ribut dan tiba di pulau misteri bernama Waford. Memandangkan semua berpisah, kami akan mengawal Luffy untuk mengumpulkan krew semula. Selepas bertemu dengan Chopper, Usopp, Nico Robin, Franky, kita masih akan kehilangan Brook, Nami dan Zoro.

Rupa-rupanya, Nami ditangkap oleh gorila gergasi bernama Del Kong dan kini kita perlu menyelamatkannya. Majoriti demo ini terdiri daripada perjalanan linear melalui hutan untuk menyelamatkan Nami (di samping menemui Brook dan Zoro) sambil belajar tentang asas gameplay.

Selepas mendapatkan semula seluruh krew, kami bertemu dengan Lim dan Adio – dua watak original yang dicipta khusus untuk game. Menyangka geng Straw Hat sebagai lanun jahat, Lim menggunakan kuasa ajaib untuk mencuri memori mereka, lalu membuangnya di sekitar pulau Waford. Tanpa memori, kini geng Straw Hat tidak dapat menggunakan kuasa mereka.

Satu-satunya cara adalah untuk meneroka pulau Waford. Maka, di sinilah pengembaraan Odyssey bermula. Untuk demo ini, kita hanya dapat bermain daripada prolog hingga ke dungeon pertama (yang menyerupai gua bawah tanah).

Malangnya, demo One Piece Odyssey berhenti selepas saya selesai meneroka dungeon pertama jadi saya tidak boleh mengulas lebih tentang “Memory Links”, salah satu ciri penting di dalam game di mana kami mengalami semula peristiwa masa lalu dalam sejarah One Piece seperti kejadian Dressrosa, Alabasta, Marineford, Enies Lobby (itu yang disahkan buat masa ini.

Saya janji akan menjelaskan lebih lanjut tentang ciri ini dalam review penuh nanti.

Cuma saya ada satu aduan. Di hujung-hujung demo baru saya sedar bahawa Jinbe tidak ada dalam krew Straw Hat. Ini mungkin kerana game sudah lama memulakan pembangunan sebelum kemasukan Jinbe sebagai geng Straw Hat. TETAPI! Ini hanya demo, jadi ada kemungkinan Jinbe akan muncul kemudian di dalam game penuh One Piece Odyssey.

Sistem pertempuran

Seperti yang kata tadi, Odyssey bukanlah game aksi tetapi turn-based RPG. Apa yang membezakannya dengan game JRPG lain adalah penggunaan sistem gameplay yang bersifat “anime dinamik”.

Pertama sekali, Odyssey menampilkan sistem bernama “Scramble Battle Area” di mana kita dapat bergerak di empat zon berbeza untuk menyerang musuh secara jarak dekat dan jauh. Sebanyak maksimum empat watak akan berlawan musuh manakala selebihnya akan jadi simpanan.

Watak yang duduk sebagai simpanan boleh diseru pada bila-bila masa dan menggantikan mana-mana watak , selagi mereka mempunyai Action Points. Disebabkan kita boleh menukar watak dalam pertempuran pada bila-bila masa, itulah kelebihan dan keunikan Odyssey.

Dalam kebanyakan JRPG, kita terpaksa memutuskan watak mana untuk dibawa sebelum masuk ke dalam pertempuran. Jika tidak silap, saya rasa ini game RPG pertama kita boleh saling bertukar ganti antara watak aktif dan watak simpanan semasa dalam pertempuran. Dengan sistem ini, kita dapat menggunakan sepenuhnya kebolehan dan abiliti unik setiap watak untuk mengalahkan musuh.

Satu lagi sebab kenapa sistem ini sangat sesuai dengan Odyssey adalah kerana game menggunakan elemen batu-kertas-gunting untuk bertarung. Sama seperti permainan o’som, berikut adalah aturannya dalam game: Power>Speed>Technique.

Power akan mengalahkan Speed, Speed akan mengalahkan Technique, Technique akan mengalahkan Power.

Setiap watak dan musuh tergolong dalam satu kategori, jadi gunakan watak yang sesuai untuk mengalahkan musuh. Andai kata watak aktif lemah pada musuh semasa, tukarlah dengan watak simpanan yang kuat. Disebabkan itulah saya boleh kata sistem pertempuran dalam Odyssey sangat fleksibel dan menganggapnya sebagai salah satu JRPG paling beginner-friendly.

Di dalam pertempuran, terdapat tiga perkara yang kita boleh lakukan:

  • Attack – Selain daripada menyerang musuh, serangan biasa ini boleh memberi Tension Points, yang digunakan untuk melakukan Skill.
  • Skills – Ini adalah abiliti khas milik setiap ahli Straw Hat. Pastikan korang membaca maklumat di bawah nama skill kerana ia akan menunjukkan sama ada serangan itu jarak dekat atau jarak jauh. Melakukan Skill akan makan Tension Points.
    • Sesetengah skill mempunyai kesan tambahan seperti Burn, Bleed, Paralyzed, dll.
  • Item – Gunakan item, contohnya makanan yang dimasak oleh Sanji, atau peluru khas yang dicipta oleh Usopp, untuk menyembuhkan diri sendiri, meningkatkan stats, menurunkan stats musuh atau melakukan damage.

Untuk menambah gaya “drama anime”, mereka tambah sistem Dramatic Scene. Secara ringkas, Dramatic Scene adalah situasi istimewa yang datang dengan objektif tertentu. Dalam demo yang saya bermain, sekumpulan monyet menyerang Usopp. Jadi misi saya adalah untuk memastikan Usopp berjaya tahan hidup sebelum dibelasah habis-habisan.

Jika objektif tercapai, ganjaran tambahan akan diberikan seperti EXP, wang, dan lain-lain.

Namun, sesetengah Dramatic Scene agak mencabar. Salah satu meminta saya untuk mengalahkan musuh menggunakan Luffy. Masalahnya ialah musuh tertentu kuat terhadap kelas Luffy (Luffy ialah Power, musuh itu Technique), jadi saya terpaksa mengambil masa yang lama untuk menewaskannya.

Eksplorasi

Di luar pertempuran, kita boleh meneroka pulau Waford untuk menemui harta karun, dan cuba membongkar rahsia dan barang tersembunyi. Setiap ahli Krew Topi Jerami mempunyai abiliti khusus yang boleh digunakan semasa meneroka:

  • Luffy boleh memanjangkan tangannya, membolehkan dia mencapai tempat yang lebih tinggi atau mengutip barang yang jauh. Dia juga boleh menggunakan Observation Haki untuk mengesan objek tersembunyi dan musuh.
  • Chopper boleh menggunakan saiznya yang kecil untuk memasuki lubang dan ruang kecil.
  • Zoro boleh memotong beberapa objek, seperti pintu keluli, untuk membuka jalan baru.

Abiliti bagi watak lain seperti Sanji, Nami, dan Usopp boleh ditemui kemudian tetapi untuk demo, saya hanya sempat mencuba abiliti Luffy dan Zoro sahaja.

Aspek Customization

Semasa meneroka, kami akan mengumpulkan Cube Fragment yang boleh digunakan untuk menguatkan lagi Skill. Setiap Cube Fragment sebenarnya dikhususkan untuk setiap watak dan tidak boleh dikongsi: sebagai contoh, saya terjumpa satu Cube Fragment milik Luffy. Ia hanya boleh dipakaikan pada Luffy sahaja, bukan di watak lain.

Di samping itu, Odyssey menggunakan sistem customization yang sangat unik. Bukan seperti sistem weapon/armor tradisional, Odyssey tidak mempunyai slot untuk peralatan berasingan seperti perisai kepala, perisai badan, perisai tangan dan sebagainya. Sebaliknya, setiap krew Straw Hat mempunyai satu grid di mana kita menyusun peralatan di dalamnya.

Disebabkan demo habis terlalu cepat, saya tidak sempat mencuba betul-betul. Jadi baca info lengkap di review penuh saya nanti.

Visual dan grafik

Sejujurnya, grafik dalam One Piece Odyssey nampak lebih cantik berbanding World Seeker dan Pirate Warriors. Model watak lebih autentik berdasarkan versi manga/anime One Piece dan daripada apa yang saya lihat di sinematik, Luffy dan seluruh gengnya kelihatan lebih ekspresif berbanding terutamanya semasa cutscene dan animasi mereka melakukan Skill khas.

Pada masa yang sama, banyak usaha dilakukan untuk menghasilkan animasi Skill yang semuanya hebat dan gempak seperti dalam anime dan manga. Jika kamu suka animasi dalam anime, game ini pun saing-saing hebatnya.

Musuh yang kita hadapi di Waford juga agak bervariasi dan unik (setakat ini). Ini mungkin kerana Eiichiro Oda turut membantu dalam menghasilkan reka bentuk raksasa dalam game. Ramai yang mengadu: “musuh sama buat gameplay bosan, game sangat repetitif, dll”. Saya berharap Odyssey tidak ada masalah ini.

Pendapat

Walaupun hanya sempat memainkan sebahagian kecil One Piece Odyssey, itu sudah cukup untuk membuat saya kagum. Meneroka sebagai krew Straw Hat sudah tentu sangat gempak – lagi-lagi kerana masing-masing mempunyai gaya unik tersendiri manakala pertempuran “turn-based” unik Odyssey membuatkan genre cukup fleksibel bagi pemain baru atau untuk gamer yang tidak biasa dengan game strategi.

Bukan itu sahaja, visual juga berjaya menangkap gaya seni ikonik Eiichiro Oda termasuk watak berinteraksi antara satu sama lain. Apabila Luffy atau orang lain berkata sesuatu yang mengarut, semua orang akan bertindak balas mengikut personaliti mereka di manga/anime. Jarang saya dapat lihat ciri ini dalam game One Piece, tetapi Odyssey dapat menyerlahkan personaliti setiap watak dengan betul.

Secara keseluruhan, One Piece Odyssey adalah judul yang bagus untuk memulakan tahun 2023 dan jika korang peminat One Piece, jangan ketinggalan untuk cuba.


One Piece Odyssey akan dilancarkan pada 12 Januari 2023 untuk konsol, manakala versi Steam akan tiba pada 13 Januari 2023 dan kini tersedia untuk pra-pesan.

DEMO GAMEPLAY ONE PIECE ODYSSEY

One Piece Odyssey
Microsoft Windows, Steam
One Piece Odyssey merupakan game JRPG yang dibangunkan oleh ILCA Inc. dan Bandai Namco Entertainment.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Demoone pieceOne Piece Odyssey
Previous Post

Payday 3 dedah visual awal, akan keluar untuk konsol & PC pada 2023!

Next Post

The Devil in Me Review — Terperangkap Dalam Hotel Bersama Pembunuh Bersiri!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
The Devil in Me Review — Terperangkap Dalam Hotel Bersama Pembunuh Bersiri!

The Devil in Me Review -- Terperangkap Dalam Hotel Bersama Pembunuh Bersiri!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd