Nintendo yang buat Nindies Showcase Spring 2019, Mereka telah menunjukkan pelbagai game seperti Cuphead, My Pedro dan banyak lagi! Mereka juga telah membuat Diskaun sebanyak 30% untuk beberapa game indie yang ada didalam Nintendo eShop untuk Nintendo Switch. Penjualan itu berdari 20 Mac hingga 27 Mac, anda boleh mendapat game seperti Firewatch dan Yoku’s Island Express. Game apa yang diumumkan oleh Nintendo? Kat sini!
Cuphead (Keluar pada 18 April)
Cuphead adalah satu game yang ramai kata susah gila dan memberi aesthetic apa yang peminat suka, tetapi ini juga akan menjadi alasan untuk rage sampai baling Switch korang.
Overland (Keluar pada lewat tahun ini)
Overland adalah game Pasca Apokalis yang pemain merantau seluruh Amerika Syarikat, ini adalah game jenis Turn-based suvival, pemain perlu lawan raksasa yang jahat, selamatkan orang, cari sumber hidup dan banyak lagi. Overland menjanjikan pengalaman dramatik dan pemilihan yang sukar.
My Friend Pedro (Keluar pada Bulan Jun ini)
Game My Friend Pedro adalah satu game yang ganas tetapi artistik, ianya melibatkan persahabatan, imaginasi dan seorang lelaki yang mampu menghancurkan sesiapa yang menghalangkan beliau. Ianya memberikan pengalaman yang bergaya sambil memberikan permainan yang seronok lagi kelakar.
Neo Cab (Keluar pada Pertengahan tahun ini)
Neo Cab adalah game Survival yang pemain perlu kekal menjadi manusia di dalam dunia yang penuh dengan automatik, anda akan menjadi karekter Lina, Lina adalah manusia terakhir yang membawa kereta didalam dunia neon yang malap di jalanan Los Ojos.
Darkwood (Keluar pada Bulan Mei ini)
Darkwood adalah game yang memberikan perspektif lain dari segi elemen seram, pemain perlu cari sumber untuk terus hidup disiang hari, tetapi anda perlu cari tempat bersembunyi dan berdoa yang anda dapat mengharungi sehingga waktu siang tiba.
Game lain, seperti Katana Zero, The Red Lantern, RAD, Creature in The Wall, Bloodroots, Pine, Super Crate Box, Nuclear Throne, Vlambeer Arcade, Swimsanity!, Blaster Master Zero 2, Stranger Things 3: The Game dan Cadence of Hyrule (Game Baru Zelda).
@gamersantaimy
Discussion about this post