Pengeluar permainan video, Quantic Dream sudah sinonim dengan platform PS4 di mana mereka telah menghasilkan game-game eksklusif seperti Detroit: Become Human dan Beyond: Two Souls. Kini, mereka meluaskan lagi permainan seperti itu dengan membawanya ke platform PC. Dengan kerjasama Epic Games, games tersebut akan diedarkan di Epic Games Store.
We're pleased to share that @Quantic_Dream is bringing three iconic titles to PC for the first time ever: Detroit: Become Human, Heavy Rain and Beyond: Two Souls!
Coming soon to the #EpicGamesStore.https://t.co/yP5gYCCQfc pic.twitter.com/QLR5lnexc2
— Epic Games (@EpicGames) March 20, 2019
Guillaume de Fondaumière, naib CEO untuk studio Quantic menerusi The Verge berkata:
“Saya dan David Cage sudah rancang untuk pembangunan seterusnya Quantic Dream.” “Langkah yang diambil kami untuk keluarkan game tersebut di PC adalah usaha pertama dalam menghasilkan game PS4 yang tidak eksklusif dalam masa 13 tahun, pada masa yang sama ia juga adalah peluang untuk pasukan kami melibatkan diri dalam beberapa projek.”
Quantic adalah developer yang terbaru untuk memilih Epic daripada Steam, iaitu pasaran game PC yang sudah dominan dalam dunia gaming. Sejak dilancarkan padal awal Disember, Epic Store kini berjaya memegang title game yang besar seperti The Division 2 dan Metro Exodus. Pilihan Quantic bukanlah perkara yang pelik kerana Epic hanya mengambil 12% daripada keuntungan penjualan games berbanding Valve yang mengambil keuntungan sebanyak 30%.
Sebelum-sebelum ini, ketiga-tiga games ini dikeluarkan oleh Sony dan ianya hanyalah eksklusif untuk platform Playstation. Ini adalah satu langkah penting bagi Quantic Dream, ditambah pula pengumuman dari syarikat tersebut pada awal tahun yang mereka tidak akan menghasilkan game hanya untuk platform Playstation sahaja. Masih belum ada pengumuman untuk tarikh tentang bilakah kesemua games ini akan hadir di PC, tapi ia dijangka akan keluar pada tahun ini juga.
Sumber: The Verge
@gamersantaimy
Discussion about this post