Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Netflix Yu Yu Hakusho Memperkenalkan Watak-Watak Penting Dalam Visual Baru

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Movie/siri, Netflix
0 0
0
Netflix Yu Yu Hakusho Memperkenalkan Watak-Watak Penting Dalam Visual Baru
Share on FacebookShare on Twitter

Diadaptasikan daripada manga/anime legenda popular daripada Weekly Shonen Jump, Netflix Yu Yu Hakusho live-action rasmi akan ditayangkan di Malaysia mulai hari Khamis, 14 Disember 2023. Untuk mempersiapkan penonton bagi tayangan perdana, Netflix telah mengeluarkan trailer baru yang menceritakan plot dengan lebih mendalam serta memperkenalkan watak-watak yang memainkan peranan penting dalam siri ini.

Anda boleh menonton trailer di bawah untuk gambaran lebih jelas:

Pendek kata, trailer di atas mengulangi kisah tentang perang antara manusia dan yokai (iblis). Watak utama Yusuke Urameshi telah meninggal dunia selepas melindungi seorang kanak-kanak kecil daripada dilanggar oleh kereta, tetapi dihidupkan semula sebagai Spirit Detective yang bertanggungjawab untuk menjaga keamanan di alam manusia.

Kredit: Netflix

Selain daripada bertemu beberapa rakan yang kuat, kita juga dapat melihat adik-beradik Toguro sebagai antagonis yang mengesahkan siri ini akan merangkumi beberapa arc terawal daripada manga dan anime. Daripada trailer, nampaknya versi live-action tidak akan mengikut sumber original 100%, sebaliknya akan mencantumkan beberapa arc untuk membina satu naratif yang lebih linear dan mudah dihadam.

Ini bermaksud banyak adegan dan cara watak itu diperkenalkan akan berubah.

Kredit: Netflix

Pada masa yang sama, Netflix turut mengeluarkan 12 trailer khas yang memperkenalkan watak-watak penting dalam Yu-Yu Hakusho live-action. Di sini, saya mengumpulkan semua trailer watak supaya anda juga dapat berkenalan dengan mereka:

Takumi Kitamura sebagai Yusuke Urameshi

Sei Shiraishi sebagai Keiko Yukimura

Shūhei Uesugi sebagai Kazuma Kuwabara

Jun Shison sebagai Kurama

Kanata Hongō sebagai Hiei

Kotone Furukawa sebagai Botan

Keita Machida sebagai Koenma

Meiko Kaji sebagai Genkai

Goro Inagaki sebagai Sakyo

Kenichi Takitō sebagai Elder Toguro

Go Ayano sebagai Younger Toguro

Ai Mikami sebagai Yukina

YuYu Hakusho asalnya ialah siri manga Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Yoshihiro Togashi (lelaki sama yang kemudian mencipta Hunter x Hunter) dan disiarkan dalam Weekly Shōnen Jump terbitna Shueisha dari Disember 1990 hingga Julai 1994. Adaptasi anime pula disiarkan di Jepun bermula Oktober 1992.

Ternyata, francais Yu Yu Hakusho sangat popular dan telah melahirkan dua filem animasi, beberapa OVA, permainan video dan barangan lain. Bukan itu sahaja, manganya telah menjual lebih 78 juta salinan di seluruh dunia setakat 2022, lantas menjadikannya salah satu siri manga terlaris sepanjang zaman.

Berikut adalah sinopsis lengkap, menurut Netflix:

Kredit: Netflix

“Cerita ini berkisar tentang Yusuke Urameshi, seorang pelajar sekolah menengah yang menghabiskan hari-harinya bergaduh tetapi malangnya mati dalam kemalangan ketika cuba melindungi seorang kanak-kanak kecil. Sambil memandang mayatnya sendiri, seorang wanita bernama Botan -yang menggelar dirinya sebagai pemandu ke Alam Roh, menyampaikan berita mengejutkan kepada Yusuke.”

“Ternyata, tiada siapa sangka bahawa delinkuen seperti Yusuke akan mati selepas melakukan perkara baik, jadi sekarang tidak ada tempat untuknya sama ada di syurga atau neraka. Oleh itu, Yusuke diberi peluang untuk hidup semula, dan selepas lulus ujian, dia menjadi seorang Spirit Detective. Dari situ, Yusuke mula terjalin dalam misteri yang menyelubungi dunia manusia, yokai dan roh.”

Kredit: Netflix

Dapatkan segala berita kami tentang Yu Yu Hakusho di SINI!

Tags: live actionnetflixyu yu hakusho
ShareTweetSend
Previous Post

Fureru, Filem Anime Terbaharu daripada Pencipta AnoHana!

Next Post

Mobile Suit Gundam Hadir Dengan Filem VR “Silver Phantom”, Visual Pertama Didedahkan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Mobile Suit Gundam Hadir Dengan Filem VR “Silver Phantom”, Visual Pertama Didedahkan!

Mobile Suit Gundam Hadir Dengan Filem VR "Silver Phantom", Visual Pertama Didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd