Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Mobile Suit Gundam Hadir Dengan Filem VR “Silver Phantom”, Visual Pertama Didedahkan!

Maira by Maira
December 6, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, VR
0 0
0
Mobile Suit Gundam Hadir Dengan Filem VR “Silver Phantom”, Visual Pertama Didedahkan!

©SOTSU・SUNRISE

Share on FacebookShare on Twitter

Cerita tentang Mobile Suit Gundam, kita selalu tonton animasi sirinya sahaja. Tidak terfikir pula ia akan mendapat filem VR nanti. Ini sememangnya sesuatu yang lain daripada yang lain. Diumumkan oleh Bandai Namco Filmworks, filem Mobile Suit Gundam: Silver Phantom VR dengan kerjasama Atlas V, sebuah syarikat realiti maya.

©SOTSU・SUNRISE

Visual teaser pertama telah pun didedahkan semasa acara GUNDAM Fan e-Festival 2023. Melihat pada visual tersebut, kita didedahkan dengan kokpit dalam mobile suit. Agak-agaknya mobile suit apa yang akan dipaparkan dalam filem VR ini nanti?

©SOTSU・SUNRISE

Untuk pengetahuan anda, filem ini akan tersedia melalui Meta Quest secara global. Buat masa ini, Sunrise mahupun Bandai Namco Filmworks tidak mendedahkan tarikh keluarnya filem ini. Memandangkan trailer juga tidak dikeluarkan lagi, mungkin ia akan memakan masa untuk kita dapat tarikh tersedianya filem ini.

Jangan sangkakan ia seperti game pula kerana pihak produksi telah pun menerangkan bahawa Mobile Suit Gundam: Silver Phantom VR bukanlah sebuah game. Producer Atlas V, Pierre Zandrowicz ada mengatakan sesuatu mengenai projek tersebut. Katanya, “Ini bukan game, bukan juga pengalaman naratif—ia pengembaraan mengasyikkan yang memanfaatkan yang terbaik daripada kedua-dua dunia.”

Nampaknya ia merupakan sesuatu yang istimewa buat peminat-peminat Gundam. Tidak sabar untuk melihat perkembangan baharu mengenainya nanti.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai Gundam daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Mobile Suit GundamMobile Suit Gundam VRMobile Suit Gundam: Silver PhantomMobile Suit Gundam: Silver Phantom VR
ShareTweetSend
Previous Post

Netflix Yu Yu Hakusho Memperkenalkan Watak-Watak Penting Dalam Visual Baru

Next Post

DLC Wo Long: Fallen Dynasty ‘Upheaval in Jingxiang’ Akan Tiba 12 Disember

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
DLC Wo Long: Fallen Dynasty ‘Upheaval in Jingxiang’ Akan Tiba 12 Disember

DLC Wo Long: Fallen Dynasty 'Upheaval in Jingxiang' Akan Tiba 12 Disember

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd