Netlflix telah mengumumkan bahawa ia akan muncul di E3 tahun ini untuk membincangkan ideanya untuk mengubah beberapa rancangan TV asal mereka ke dalam permainan video. Pencipta drama yang mendapat sambutan hangat seperti, Black Mirror: Bandersnatch, akan mewakili panel yang dipanggil, ‘Bringing Your Favorite Shows to Life: Developing Netflix Originals into Video Games’. Panel ini akan menjadi sebahagian daripada program koliseum di E3 2019, yang menganjurkan pelbagai perbincangan di peringkat atas konvensyen.
How does this sound:
"Bringing Your Favorite Shows to Life: Developing Netflix Originals into Video Games"?— NX (@NXOnNetflix) May 13, 2019
Masih tidask jelas mengenai pengumuman ini, sama ada ia ditujukan khusus kepada drama atau adaptasi dari Netflix Originals mereka untuk dimasukkan ke dalam permainan video, atau sama ada mereka akan membincangkan tajuk masa lalu, sekarang atau yang akan datang kerana perubahan sekeliling. Siapa tahu, mungkin kita akan melihat game FPS bertema Grace dan Frankie? Atau Orange is The New Black sebagai RPG baru?
Of course there’s the upcoming @Stranger_Things game but hmmmmm… there’s definitely more to come! pic.twitter.com/UFBUCAs7Qr
— NX (@NXOnNetflix) May 13, 2019
Mungkin Neflix juga akan membincangkan perkara lain yang kini telah pun dibatalkan, iaitu, permainan Strangers Things, yang disusuli dengan pemajunya, Telltale Games, tahun lepas. Jika benar mereka berancang untuk menukarkan siri drama-drama di Netflix menjadi permainan video, rancangan TV apa yang korang harapkan untuk ditukarkan?
Sumber: Netflix Twitter
@gamersantaimy
Discussion about this post