Tencent Games dan PUBG Corporation telah memperkenalkan sistem pengurusan eko yang baru untuk permainan PUBG Mobile secara rasminya seluruh dunia harini. Ianya bagi menggalakkan para pemain menikmati pengalaman PUBG Mobile yang mampan dan seimbang serta meningkatkan sistem permainan yang sihat termasuk beberapa peringatan untuk pemain.
Dalam sistem eko yang terbaru ini, pertama sekali pada pemain yang baru sahaja memuat turun PUBG Mobile, harus mengesahkan umur mereka bagi mengaktifkan sistem Pengurusan Gameplay. Bagi pemain berumur 18 tahun kebawah haruslah membaca notis nasihat ‘Gaming Advisory‘ sebelum memulakan permainan
Selain itu, sebuah notis peringatan pop-up akan keluar setiap beberapa jam bagi mengingati pemain untuk berhenti berehat atau berhenti bermain. Pengurusan terbaru ini sudah pun mendarat di Asia dan AfrikaUtara yang termasuk Indonesia, India, Nepal, UAE, Qatar, Kuwait, Iraq, Saudi Arabia, dan Egypt, untuk negara lain akan dimulakan dari peringkat ke peringkat. PUBG Mobile antara yang pertama yang memberi sistem eko seperti ini, ini ditumpu bagi menyediakan persekitaran permainan yang lebih baik dan proaktif dalam membina ekosistem permainan dalam talian seimbang dan mampan.
“PUBG MOBILE komited untuk menjadi penyedia hiburan interaktif yang bertanggungjawab. Dengan pakar di seluruh dunia bagi memeriksa kesan teknologi dan permainan video pada pemain dari semua peringkat umur, pasukan kami juga ingin memastikan komuniti kami dilengkapi untuk membuat pilihan berdasarkan maklumat mengenai PUBG MOBILE, ”
“Pengumuman hari ini adalah langkah proaktif dalam memastikan bahawa ratusan juta pemain di seluruh dunia dapat terus menikmati PUBG MOBILE dengan cara yang baik.”
-Vincent Wang Pengurus Besar Jabatan Penerbitan Global, Tencent Games .
PUBG MOBILE akan menilai maklum balas dan pengalaman pengguna untuk menyesuaikan dan memantapkan sistem Pengurusan eko ini mengikut skala kepada penggunaan global, mereka juga akan melancarkan inisiatif untuk mendidik pemain tentang manfaat sistem Pengurusan eko. PUBG MOBILE berusaha untuk terus menggalakkan pemain di seluruh dunia bagi membangunkan minda positif sambil menikmati permainan PUBG MOBILE.
PUBG Mobile boleh dimuat turun secara percuma di
Untuk lebih informasi jangan lupa untuk layari PUBG Mobile Official di Facebook, Twitter and YouTube.
@gamersantaimy
Discussion about this post