Semasa acara NetEase Connect 2021, mereka telah mengumumkan sebuah game baru bertajuk Badlanders yang akan tersedia untuk platform PC dan mobile di Android dan iOS. Game ini bakal mengadakan ujian beta untuk semua pemain dari seluruh dunia bermula
Badlanders mengisahkan tentang sebuah peradaban hebat yang telah runtuh, dimana para scavenger bertarung untuk mengutip harta dan kemenangan. Mereka akan berperang di sebuah tempat bernama The Red Beach Sanctuary, dimana sebelum ini pernah dijadikan tempat simpanan segala senjata berteknologi tinggi.
Loot dan Shoot
Pemain akan merasai pengalaman pertempuran yang penuh adrenalin. Anda perlu mempersiapkan diri dengan senjata berat atau berserah diri saja dengan menyerang musuh menggunakan pisau. Pemain akan bertempur bagi mendapatkan loot dari musuh serta mengumpul jumlah nilai rampasan tertinggi.
Pengubahsuaian senjata tanpa had
Kebanyakan senjata dalam Badlanders boleh dilengkapi dengan beberapa attachment dan aksesori, serta sebahagian dari senjata ini juga boleh dibuat penyesuaian. Pemain dapat mengubah suai senjata mereka tanpa had untuk dibawa ke medan perang. Tapi harus diingatkan, senjata hebat anda itu mungkin akan menarik perhatian musuh untuk merampasnya.
Jual senjata untuk mendapat lebih banyak wang
Di dalam Badlander, anda boleh menjual senjata yang telah di loot dari medan perang dengan memilih peranan sebagai merchant, bagi mendapatkan keuntungan. Manakala bagi pembeli, anda boleh membeli senjata lebih hebat untuk memberikan kelebihan ketika berperang. Menariknya, senjata yang didapati dari transaksi-mikro juga boleh dijual semula mengikut harga pasaran.
Kemaskini akan datang
NetEase akan menampilkan sebuah peta berkonsepkan padang pasir dalam kemaskini akan datang. Para pemain akan bertempur di bawah terik matahari dan akan mengumpul senjata serta attachment sebanyak mungkin dari medan perang. Malah, dalam kemaskini ini nanti akan ada ciri dan mekanisme baru untuk para pemain.
@gamersantaimy
Discussion about this post