Semasa acara NetEase Connect 2021, NetEase telah mengumumkan sebuah game bertajuk Lost Light yang akan tersedia untuk platform mobile di Android sahaja buat masa ini. Game ini bergenre survival-shooter dan akan dilancarkan pada
Pemain akan menyertai pasukan khas Firefly dan akan membongkarkan plot jahat di sebalik zon tahanan. Anda perlu bertahan dalam suasana dimana umat manusia menjadi kejam dan sedia untuk membunuh pemain dari setiap arah. Dunia Lost Light menjanjikan ganjaran yang tinggi untuk risiko bahaya, jadi anda perlu menyelinap mencari bekalan dengan senjata api. Anda juga boleh meningkatkan serta berdagang bagi meningkatkan kekuatan untuk menentang musuh.
Lebih bahaya, lebih tinggi ganjaran
Dalam Lost Light, kekejaman bukanlah jawapan untuk segalanya, selagi anda mampu mencari peluang untuk menyelamatkan diri. Pemain perlu mempersiapkan diri dengan senjata dan mengutip loot atau bertahan hidup dengan apa yang ada sahaja. Perlu diingatkan, jika anda mati dalam pertempuran, semua yang dimiliki akan dirampas.
Senjata yang realistik
Senjata dalam game ini dihasilkan dengan penuh teliti dari segi struktur dan juga teksturnya, bagi memberikan pengalaman menggunakan senjata api yang lebih realistik. Setiap senjata boleh menyokong sehingga 12 bahagian yang boleh diubahsuai dan beratus komponen untuk dipilih. Sistem ini juga menyediakan beberapa cadangan loadout untuk Quick Equip.
Pemenang ambil semua
Anda boleh mencuba Ranked mode untuk meningkatkan lagi pengalaman kombat. Hanya satu sahaja jalan keluar tersedia dalam setiap peringkat akhir game, dan perlawanan akan tamat dengan seorang pemenang yang terselamat keluar.
Bekerjasama dengan musuh
Tidak seperti permainan survival yang lain, Lost Light memberikan pemain pilihan untuk bersama dengan pemain lain. Anda boleh memilih untuk bekerjasama dengan musuh atau mengupah pemain lain untuk menyelamatkan anda dari di keluarkan.
Bina perlindungan dan membuka kedai
Selepas melarikan diri, anda boleh mencari tempat perlindungan di bawah terowong subway untuk menyimpan loot dan berselindung. Pemain boleh meningkatkan pertahanan kubu dan membuka kedai serta berdagang dengan pemain Lost Light lain.
Bertahan hidup dalam suasana apokalips
Mt.Akiyama, BAF Factory, Windswept Harbor akan menjadi tempat yang pemain tinggal selepas berlakunya apokalip. Anda juga perlu berhadapan dengan musuh yang menakutkan dan perlu mencari cara untuk bertahan dari kelaparan serta kecederaan dari situasi ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post