Semasa acara NetEase Connect 2021, NetEase telah mengumumkan sebuah game baru bertajuk Frostpunk Mobile yang akan tersedia untuk platform mobile di Android dan iOS. Game ini telah dibangunkan oleh NetEase Games dan 11 Nit Studios S.A dan membawa genre survival-society-simulation.
Siri asal Frostpunk merupakan permainan society-survival pertama yang dikeluarkan untuk pasaran global. Game ini memberikan pemain menjadi ketua bandar yang terakhir di bumi, dan mereka perlu menguruskan bandar, mencari sumber dan menyelesaikan masalah sosial. Sambil memimpin masyarakat dalam bandar yang kekal pada musim sejuk ini, Frostpunk Mobile akan membawa anda ke dunia pasca-kiamat melalui telefon bimbit.
Antara ciri yang ada dalam game ini adalah:
- Simulasi survival pasca-apokaliptik
- Membuat keputusan dan dilema fitrah manusia dalam situasi bencana
- Kesan paparan dunia yang dilitupi salji dan visual pembinaan bandar berbentuk cincin

Pengarah projek FrostPunk Mobile, Chao Luo pernah terlibat dalam pembangunan beberapa game seperti Stick Fight: The Game, Climb Dash, Far Fly, Mist Forest dan juga Frostpunk: Rise of City yang sedang dalam pembikinan. Sebelum ini, salah satu projek beliau pernah dicadangkan oleh Apple dan Android di China, serta dua lagi projek lain telah mendapat rekomendasi dari Apple dan Android global. Beliau juga turut melibatkan diri dalam pembangunan bersama projek NetEase yang lain, seperti Fantasy Westward Journey dan Cyber Hunter.
![[NetEase Connect 2021] menjadi pemimpin di bandar beku dalam Frostpunk Mobile](https://cdn.gamersantai.com/2021/05/dbz-1-14-750x375.jpg)



![[NetEase Connect 2021] battle royale gaya baru di BadLanders](https://cdn.gamersantai.com/2021/05/dbz-25-75x75.jpg)




Discussion about this post