Isu saman menyaman makin panas nampaknya, minggu lepas kita semua diggemparkan dengan PUBG Corps. menyaman NetEase atas dasar tuduhan meniru dan jugak menggunakan elemen-elemen penting yang ada dalam PUBG, kedalam game Rules of Survival dengan Knives Out. Kali ini, developer kedua-dua game ROS dan juga KO, bersedia untuk menyaman mereka yang meniru game battle royale dari NetEase. Apa cerita ni? fuhhh~
Hari ini, NetEase mengeluarkan statement mengatakan yang mereka akan mula menyaman kepada mana-mana game developer yang meniru ciri-ciri kreatif yang ada dalam game Rules of Survival dan jugak Knives out. Yang menariknya, PUBG Corps. dan jugak PlayerUnknown’s Battleground, tidak disebut langsung dalam kenyataan mereka tersebut. Dalam kenyataan itu jugak, dikatakan yang dua game ini, sangat disukai dan sudah di download berjuta-juta orang. Selain itu, dipaparkan juga di Google Play, dan dibangunkan dengan menggunakan enjinnya yang tersendiri selari dengan konsep baru dan juga ciri nya yang tersendiri.
NetEase menjumpai selepas mereka mengeluarkan banyak perkara dan ciri unik terhadap game mereka, game developer lain sudah mula untuk meniru mereka, termasuk syarikat-syarikat yang besar. Perkara ini bukan sahaja melibatkan pengguna, tapi ianya melibatkan keaslian dan juga mengganggu market mereka. Buat masa ini, NetEase akan menggunakan kesemua sumber yang mengikut undang-undang secara sah untuk mempertahan apa yang telah mereka bina. Adakah NetEase akan menang dalam ‘ Clone Wars ‘ ini?
Sumber : MMO Culture
@gamersantaimy
Discussion about this post