Nampaknya, kali ni Ubisoft merincikan tentang update baru Ghost Recon Wildlands yang akan dilancarkan pada 10 April ini. Dan ianya merupakan satu update yang spesial, dimana, Sam Fisher dari Splinter Cell akan membuat kemunculannya dalam update kali ini. Haaaa, rupanya, memang update dan misi kali ini, bertemakan Splinter Cell itu sendiri. Memang tak best la kalau dah bertemakan Splinter Cell, tapi, tak nak masukkan Sam Fisher, betul? Jadi, jom, ikot aku dalam entri ni, untuk keterangan lanjut.
Sapa tak kenal Sam Fisher? Peminat game Splinter Cell, mesti kenal punyalah. Berapa siri game ni, dia conquer sorang. Okay, kembali pada topik. Untuk update kali ini, aku dengar akan ada satu misi yang dipanggil ‘ Special Operation 1 ‘, dimana, pemain akan bergabung tenaga dengan spy lagenda kita, iaitu Sam Fisher dalam satu misi infiltrasi di Bolivia. ‘ Special Operation 1 ‘ ni boleh dimainkan Solo, ataupun Co-Op sehingga 4 orang. Ajaklah member korang main sekali. Dan jugak, misi ni merupakan stealth mission yang dijalankan pada waktu malam.
Selain dari misi itu, google Sam Fisher tu jugak akan jadi in-game rewards kepada mereka yang habiskan misi tersebut pada sebelum 16 Mei. ‘ Splinter Cell Gear Pack ‘ akan dimasukkan ke dalam game termasuk pisau kerambit yang bertema dan juga assault rifle. Misi ini akan dilancarkan pada hari yang sama Ghost Recon Wildlands ni free, iaitu pada April 12 sehingga 15.
Jadi, tunggu apa lagi, masa free tu, kita cuba. Kalau rasa game ni best dan menarik, keluarkanlah sikit duit tu untuk kepuasan korang. Betul tak?
@gamersantaimy
Discussion about this post