Hari ini, Bandai Namco Entertainment Asia mengumumkan bahawa guru macho Kento Nanami dari Tokyo Jujutsu High, serta Special Grade Cursed Spirit Mahito dan Eso & Kechizu akan muncul sebagai Playable Character dalam game fighting Jujutsu Kaisen Cursed Clash.
Berikut adalah trailer rasmi:
Kento Nanami
Sorcerer Grade 1 ini menggunakan Cursed Technique teknikal untuk memberi kesan yang dahsyat. Dengan timing yang betul, input tambahan akan mencetuskan Ratio Technique semasa pergerakan tertentu untuk pukulan kritikal! Skill pasifnya, “Cursed Energy Release,” diaktifkan apabila masa hampir habis, untuk memberikannya power-up yang besar. Nanami ialah satu-satunya watak baik yang diperkenalkan dalam preview watak Jujutsu Kaisen Cursed Clash kali ini.
Mahito
Fighter mid-range ini yang mengawal aliran pertarungan dengan serangan jauh, sebelum menutup jarak untuk mengurangkan nyawa musuh. Ubah badan sendiri, kawal jarak serangan mengikut situasi. Skill pasifnya, “Idle Transfiguration,” melakukan damage tambahan jika anda meneruskan serangan, jadi jangan berhenti! Semasa Domain Expansion: Self-Embodiment of Perfection, Idle Transfiguration akan mendapat power-up yang besar.
Eso & Kechizu
Eso & Kechizu ialah fighter jenis long-range control yang menggunakan kombinasi adik-beradik dan serangan Status Ailment yang kuat. Bersama, “Rot Technique” mereka terdiri daripada “Supreme Art: Wing King” (yang menyebabkan damage oleh darah) dan “Rot” (yang mencetuskan darah dan menimbulkan efek tidak normal) digunakan untuk mengheret musuh mengikut rentak anda sendiri. Sentiasa ingat, koordinasi antara adik-beradik adalah kunci kemenangan!
Game ini akan dikeluarkan untuk platform PS5, PS4, Nintendo Switch, Xbox Series X|S dan Xbox One pada 1 Februari 2024 manakala versi Steam akan dikeluarkan pada hari berikutnya, 2 Februari 2024.
Dapatkan segala berita kami tentang game ini di SINI termasuk berita tentang watak-watak lain!
@gamersantaimy
Discussion about this post