Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Nak Main Yakuza: Like A Dragon Dengan Sistem Combat Lama? Boleh Cuba Mod Ini!

Maira by Maira
December 28, 2023
in Artikel, Berita, Game, PC
0 0
0
Nak Main Yakuza: Like A Dragon Dengan Sistem Combat Lama? Boleh Cuba Mod Ini!

Sumber: Jhrino

Share on FacebookShare on Twitter

Ramai gamer kenal dengan sistem combat ikonik yang pantas dalam francais Yakuza. Tetapi sejak entri utama ketujuh diperkenalkan, Yakuza: Like a Dragon membawa sistem turn-based combat yang menggantikan sistem yang lama malah memperkenalkan kepada peminat kepada Ichiban Kasuga, protagonis baru francais. Sehingga sekarang, masih ada peminat yang tidak puas hati dengan perubahan pada sistem combat tersebut. Berita baiknya, ada modder yang telah menggantikan sistem turn-based combat itu kepada gameplay combat dahulu!

Sumber: Jhrino

Melalui laman web mod popular, Like a Brawler dengan mudah mengubah combat game kepada aksi masa nyata yang dikenali oleh ramai pemain veteran. Sudah tentu mod tersebut tidaklah begitu sempurna. Mod ini hanya boleh digunakan untuk Yakuza: Like a Dragon versi PC sahaja. Walaupun begitu, kalau anda bermain melalui Game Pass, anda juga tidak boleh menggunakan mod ini, melainkan anda memiliki game tersebut melalui Steam.

Yakuza: Like A Dragon
Sumber: Jhrino

Mod Like a Brawler juga masih dalam versi beta, jadi akan ada beberapa masalah yang anda mungkin jumpa apabila menggunakannya. Buat masa ini, mod ini hanya boleh digunakan oleh Ichiban. Pemain masih boleh menggunakan Heat Action baharu serta mengubah gaya pertempuran tetapi akses kepada ahli parti akan hilang. Jadi ada kelebihan dan kekurangannya kalau anda ingin menggunakannya.

Yakuza: Like A Dragon
Sumber: Jhrino

Kalau ada antara anda yang ingin bertumbuk menggunakan Ichiban, bolehlah cuba mod ini menggunakan salinan game anda. Nasib baik dalam Like a Dragon: Infinite Wealth membolehkan pemain menukar sistem combat Kazuma kepada aksi ikonik itu dalam masa terhad. Anda boleh mainkan demo game itu selepas menghabiskan game Like a Dragon Gaiden: The Man Who Erased His Name. Tidak sabar untuk bermainnya pada 26 Januari 2024 nanti.

Like a Dragon: Infinite Wealth akan dikeluarkan pada bulan depan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series, Xbox One dan PC melalui Steam dan Microsoft Store. Anda boleh dapatkan segala berita mengenainya daripada kami melalui pautan ini.

Tags: Like a Dragonyakuzayakuza: like a dragon
ShareTweetSend
Previous Post

Barisan Game PS Plus Januari 2024 — A Plague Tale: Requiem, Evil West & Nobody Saves the World

Next Post

Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global

Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd