Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 28, 2023
in Android, Anime, Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Fullmetal Alchemist Mobile Akan Tutup Server Pada Mac 2024, Tak Sempat Masuk Pasaran Global
Share on FacebookShare on Twitter

Berita buruk buat peminat anime yang menunggu keluaran game mobile Fullmetal Alchemist versi Global kerana kami mendapat berita bahawa game tersebut akan menamatkan perkhidmatan pada 29 Mac 2024 jam 13:00 JST.

【重要なお知らせ】(2/2)
また、未公開のオリジナルストーリー「白銀の号哭」をボイスドラマにいたしまして、2024年1月5日(金)よりYoutubeにて順次公開いたします。

詳細は前述のリンク先および、後日掲載予定のお知らせをご確認いただけますと幸いです。#ハガモバ

— 鋼の錬金術師 MOBILE【公式】 (@hagane_mobile) December 27, 2023

Merupakan game free-to-play action RPG yang hanya dikeluarkan di Jepun buat masa ini, Square Enix turut mengumumkan bahawa semua pembelian dalam Fullmetal Alchemist Mobile telah dihentikan sejak semalam. Namun, pemain masih boleh membelanjakan Diamond yang masih ada atau untuk memohon bayaran balik.

Kredit: Square Enix

Secara am, Fullmetal Alchemist Mobile telah dibangunkan sebagai game RPG aksi yang yang dikeluarkan di iOS dan Android pada 4 Ogos 2022. Memfokuskan pada pertempuran taktikal dan sinematik, salah satu tarikan utama adalah nilai produksi yang tinggi, di mana game ini dibuat dengan grafik 3D berkualiti tinggi. Tidak kira cutscene atau pertarungan, setiap watak dipersembahkan dengan model 3D terperinci digabungkan dengan animasi dinamik.

Kredit: Square Enix

Walaupun telah mencatatkan permulaan yang cukup berjaya, populariti game ini serta-merta merudum sehingga akhirnya Square Enix membuat keputusan untuk menutup game itu selamanya.

Rakan kami, GamerWK turut membuat siasatan sendiri. Menurut laporan AppMagic, Fullmetal Alchemist Mobile telah mengalami penurunan yang sangat drastik sejak dikeluarkan pada Ogos 2022 sehingga mencapai angka terendah di bawah USD 100 ribu pada November lalu.

Kredit: GamerWK

Sebagai respon kepada berita penutupan game, pasukan pembangunan berkata bahawa walaupun game telah menerima maklum balas positif tentang jalan cerita original dalam game, mereka juga telah menerima pelbagai pendapat di beberapa bahagian yang kata ia tidak dapat memberikan perkhidmatan yang memuaskan.

Kredit: Square Enix

Walaunpun telah mengambil inisiatif untuk menambah baik, ia menjadi semakin sukar untuk mengekalkan struktur pasukan yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan lebih baik pada masa hadapan.

Memandangkan perkhidmatan akan tamat sebelum pasukan pembangunan dapat menyiapkan jalan cerita original yang telah dijanjikan sebelum ini, sebaliknya mereka akan menghasilkannya kandungan itu sebagai drama suara yang akan dikeluarkan secara berurutan antara Januari dan Mac 2024.

Kredit: Square Enix

Dapatkan segala berita kami tentang francais Fullmetal Alchemist di SINI!

Tags: Fullmetal Alchemist MobileMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Nak Main Yakuza: Like A Dragon Dengan Sistem Combat Lama? Boleh Cuba Mod Ini!

Next Post

My Hero Academia 410: All For One Akhirnya Kecundang, Satu Quirk One For All Dicuri! [SPOILER]

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
My Hero Academia 410: All For One Akhirnya Kecundang, Satu Quirk One For All Dicuri! [SPOILER]

My Hero Academia 410: All For One Akhirnya Kecundang, Satu Quirk One For All Dicuri! [SPOILER]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd