Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!
Share on FacebookShare on Twitter

Nampaknya ada banyak untuk dinantikan pada tahun 2022 kerana spekulasi kata musim terbaru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali selepas tayangan filem terbaharu.

Image

Produser anime Dragon Ball dan editor manga V-Jump, Akio Iyoku, memberikan “petunjuk” tentang masa depan Dragon Ball dalam video yang disiarkan di laman web rasmi DB. Dalam segmen yang memberi info kemas kami tentang perkembangan semasa game dan manga, Iyoku muncul untuk membincangkan tentang produksi filem Dragon Ball Super: Super Hero.

Akiyo Iyoku, head of Dragon Ball Room, SUPERHERO movie's executive producer, and Toriyama's right-hand man, teases something else "other than the movie" might come out this year! 👀

Could he be talking about #DragonBallSuper 's return? 🤔 pic.twitter.com/dwT2WzIrK3

— SUPER クロニクルス (@SupaChronicles) January 3, 2022

Diedit dan kemudian dimuat naik oleh Twitter@DBSChronicles, Iyoku mengingatkan penonton tentang tarikh tayangan perdana bagi filem tersebut di Jepun dan mengatakan bahawa pencipta siri, Akira Toriyama, amat gembira dengan gaya animasi baharu. Dia mengakhiri mesej dengan mengatakan:

“Ada juga kemungkinan sesuatu yang berbeza selain filem akan keluar pada tahun ini,”

kata Iyoku.

Selepas viral, ramai peminat mula berspekulasi tentang “maksud sebenar” di sebalik mesej Iyoku. Ramai peminat termasuk saya berharap dapat melihat kepulangan anime Dragon Ball Super, yang akhir sekali ditayangkan pada Mac 2018. Sejak kesimpulannya, manga telah memasuki “Galactic Patrol Prisoner Saga” dan sedang menghampiri penghujung “Granolah the Survivor Saga”, yang kedua-duanya belum menerima adaptasi animasi.

The Granolah arc is ending real soon, but there's still a "massive turn of events" to come! 👀

What could that event be? 🤔#DragonBallSuper pic.twitter.com/pHLMPO9DYf

— SUPER クロニクルス (@SupaChronicles) January 3, 2022

Laman web rasmi DB juga mengesahkan bahawa manga Dragon Ball Super akan menamatkan story arc semasa tidak lama lagi, tetapi mengusik yang banyak “peristiwa besar” masih menanti Goku dan rakan-rakan.

Untuk sesiapa yang tidak sabar, lebih banyak info akan diumumkan selepas tayangan Dragon Ball Super: Super Hero selepas April 2022. Sementara itu, anda boleh menonton dulu treler terbaru yang memberi tumpuan pada Gohan. Tarikh tayangan antarabangsa untuk filem masih belum diumumkan, tetapi Iyoku berjanji akan bekerja keras untuk memastikan jurang antara tayangan Jepun dan tayangan antarabangsa adalah serapat mungkin.

Sumber – Twitter, official Dragon Ball website

Tags: 2022animeDragon BallDragon Ball Super
Previous Post

Sebanyak 14,000 syarikat gaming China terpaksa tutup kerana undang-undang kerajaan yang terlalu ketat

Next Post

Bab terbaru Ayakashi Triangle tidak diterbitkan kerana terlalu NSFW!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Bab terbaru Ayakashi Triangle tidak diterbitkan kerana terlalu NSFW!

Bab terbaru Ayakashi Triangle tidak diterbitkan kerana terlalu NSFW!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd