Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bab terbaru Ayakashi Triangle tidak diterbitkan kerana terlalu NSFW!

Maira by Maira
January 4, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Bab terbaru Ayakashi Triangle tidak diterbitkan kerana terlalu NSFW!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas seminggu direhatkan, akhirnya MangaPlus kembali mengemas kini bab terbaru untuk siri Shonen kegemaran seperti My Hero Academia, Jujutsu Kaisen, One Piece dan banyak lagilah! Tetapi ada satu siri ini terpaksa melompat satu bab dan ini membuatkan ramai kecewa. Siri tersebut ialah Ayakashi Triangle oleh Yabuki Kentaro. Bab 74 untuk Ayakashi Triangle tidak diterbitkan di platform itu kerana ianya terlalu NSFW!

Bab terbaru itu yang sepatutnya diterbitkan nampaknya telah disekat dan peminat perlu menunggu bab 75 yang akan datang. Senang cerita, anda memang tidak akan dapat membaca bab ini di mana-mana platform rasmi. Namun masih tiada kenyataan rasmi diberikan oleh mana-mana platform tersebut. Bukan setakat itu sahaja, penerbit manga fizikal, Viz Media juga tidak lagi menyenaraikan siri ini untuk pengeluaran manga fizikal walaupun sudah diumumkan sebelum ini. Ia menimbulkan kehairanan dalam kalangan peminat dan ramai juga yang menyangka bahawa kemungkinan besar bahan dalam bab terbaru itu telah melampaui batas dalam beberapa aspek “fan service.”

Kalau anda mengenali Yabuki Kentaro, dia lah yang mencipta manga To Love Ru, dan karyanya memang tidak pernah malu untuk menunjukkan situasi NSFW pada wataknya. Tetapi masih banyak lagi perkara yang terjadi sepanjang siri ini berlangsung dan sebahagian daripadanya juga menjadi penyebab siri ini hanya tersedia melalui laman web sepenuhnya. Untuk senangkan hati sikit, Ayakashi Triangle juga mendapat adaptasi anime tetapi masih tiada info lanjut mengenainya.

Baru-baru ini juga, seorang ibu di Jepun risau mengenai kandungan seksual yang ditayangkan dalam anime. Menurut sebuah laman web popular di Jepun, ibu tersebut bimbang kerana kebanyakkan anime yang ditonton mempunyai adegan seperti mendedahkan pakaian dan lain-lain. Dia juga takut anak-anaknya akan menonton kandungan seperti itu tanpa pengetahuannya.

RelatedPosts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

Memang patut juga ibu bapa risau mengenai hal ini kerana memang kini banyak siri anime yang meletakkan kandungan ini hanya untuk memberikan “fan service” kepada penonton yang lebih dewasa. Walaupun kadang-kadang ianya memang keterlaluan, seperti anime musim lepas, Mieruko-chan. Anime itu tidak akan terjejas jika kandungan itu tidak wujud. Dengan bab terbaru Ayakashi Triangle terpaksa disekat, rasanya kita boleh nampak usaha Shueisha dalam menapis kandungan manga untuk dibaca.

Apa pendapat anda mengenai kandungan seksual yang sering ditayangkan dalam anime? Boleh kongsikan kepada kami! Ikuti Gamer Santai untuk lebih liputan lain mengenai manga dan anime.

Sumber: Comicbook, AnimeSenpai

Tags: Ayakashi TrianglemangaYabuki Kentaro
Previous Post

Musim baru bagi anime Dragon Ball Super mungkin akan kembali tahun 2022!

Next Post

CyberConnect2 akan umumkan Game Terbaru Februari depan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
CyberConnect2 akan umumkan Game Terbaru Februari depan!

CyberConnect2 akan umumkan Game Terbaru Februari depan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd