Beberapa bulan lepas, kita dikejutkan yang Dendi dari NaVi telah keluar dari Pasukannya dengan tanpa memberitahu media kenapa, dan ianya mendapat perhatian ramai pemain DOTA 2 dan Peminat di Malaysia yang amat menyukai Dendi yang dikatakan “One of the best” dalam DOTA 2, tapi sekarang ni ada seorang yang agak legend dalam dunia DOTA 2, dan dia dari Malaysia iaitu Mushi.
I'm officially a free agent now. Thanks Mineski for taking care of me all this while and I hope both the organisation and team will have good future.
— Mushi (@Mushi_Chai) November 11, 2018
Mushi yang bermain untuk Mineski sejak bulan Mac 2017, dan Mushi telah memberitahu dalam Social Media nya yang dia sekarang ini adalah “Free Agent”. So apa yang membuat Mushi keluar dari Tam Mineski? Dia adalah Captain untuk Mineski, adakah dia tak suka performance dia dan pasukannya? Adakah dia mahu berehat? Kita tak tahu kerana Mushi masih senyap kenapa dia buat begitu, dan ramai yang bertanyakan “Adakah Mushi akan bersama dengan Dendi?”. Peminat memang nampak berminat apa tindakan Mushi seterusnya.
Mushi yang pernah main untuk Fnatic, Team Malaysia, Team DK, EHome.my dan Orange Esports. Mushi yang terkenal dengan main position Solo, Mid. Dan tournament terakhir dari Mushi dengan Mineski adalah Red Bull Guardian di London, dan mereka Juara dalam Minor itu. Apa-apa pun kami mengharapkan Mushi dalam keadaan yang baik dan Semiga cepat kembali dalam Arena E-sports!
@gamersantaimy
Discussion about this post