Acara Maxis Monthly yang baru berlansung baru-baru ni mengumumkan yang patch akan datang bakal menampilkan mode first-person camera.
Dulu-dulu mende ni lawak je daripada seorang producer game ni, tapi dah jadi actual project. Korang tekan Shift+Tab lepas tu akan dibawa ke mode ni. Boleh tengok dunia Sim dari mata Sim korang. Pendek kata apa yang Sim korang boleh buat dalam game, korang leh tengok dari mata diorang. Korang leh tengok gameplay dia ni ihsan daripada The Sim Supply.
Pengurus Komuniti Sim Global SimGuru Kata dan build engineer diorang Steve Lansing bagitau yang builders boleh guna mode ni untuk buat house tours (builders ni orang yang guna Sim untuk design rumah). Yang buat machinimas boleh guna sudut baru yang mode ni kasi. Simmer yang kaki cipta dan main in-game challenges dah ada faktor baru nak ditambahkan. Atau kau just nak masuk dunia Sims and just jalan-jalan pun boleh je.
Ada yang bring up yang diorang risau pasal motion sickness sebab kamera tu dikatakan bergegar, tapi Maxis kasitau mode ni adalah optional dan kalau tak enable pun takkan kacau gameplay.
Antara mende lain yang patch ni akan bawak adalah Style Influencer career dan penambah baikan terrain modification tools. Patch ni bakal tiba 13 November ni untuk semua pemain Sims 4 tak kira expansion mana korang ada.
The Sims 4: Get Famous pulak menyusul 3 hari kemudian..
@gamersantaimy
Discussion about this post