Hari ini, vivo Malaysia secara rasminya memperkenalkan vivo Y78 5G di pasaran kita. Menetapkan standard baharu untuk telefon pintar pada harga di bawah RM1,500, ia mempunyai kamera 64MP Optical Image Stabilization (OIS) Anti Shake, skrin OLED Dual-curved, dan datang dalam warna Dreamy Gold bergaya. Direka supaya cemerlang daripada segi penampilan, fotografi dan prestasi, vivo Y78 5G boleh didapati pada harga semurah RM1399!

Khas untuk peminat fotografi, vivo Y78 5G memiliki kamera megapiksel tinggi bersama ciri OIS anti-shake, yang merupakan satu fungsi yang jarang ada dalam banyak telefon pintar dalam julat harga ini. Secara am, peranti ini menampilkan setup kamera utama 64MP OIS, 2MP depth sensor, dan kamera makro 2MP manakala kamera selfie 16MP berbentuk punch-hole boleh didapati di bahagian hadapan. Dalam kamera, terdapat pelbagai fungsi lain termasuk Night Mode, Portrait Mode, Video, 64 MP Mode, Panorama dan banyak lagi.
Satu lagi sorotan adalah skrin AMOLED 20:9 dual-curved Full-HD+ 6.78″; reka bentuk yang biasa dilihat dalam telefon pintar jenis flagship. Bersama kadar segar semula 120 Hz, skrin melengkung ini menawarkan butiran lebih terperinci, untuk menawarkan pengalaman visual mengasyikkan ala di kaca televisyen. Pada masa yang sama, vivo Y78 5G merupakan antara telefon pintar skrin melengkung paling nipis dan paling ringan dalam sejarah vivo dengan ketebalan 7.89mm dan berat 177g, untuk memberikan genggaman telefon yang selesa.

Di dalam, Telefon ini dikuasakan oleh cipset Snapdragon 695, bersama dengan RAM hingga 12GB dan storan 256GB. Jika tidak cukup, peranti dilengkapi dengan Extended RAM 3.0 2 yang menyokong sehingga 8GB RAM maya, bagi membantu pengguna bertukar aplikasi dengan lancar dan menyimpan data. Hayat bateri lebih panjang juga terjamin kerana peranti ini dilengkapi bateri 5000mAh, dan kuasa pengecasan pantas 44W menggunakan teknologi FlashCharge yang dibangunkan vivo sendiri.
Bak kata vivo, palet warna Dreamy Gold diilhamkan oleh pemandangan matahari terbenam di pantai Sepang Gold Coast manakala varian Flare Black juga tersedia!

Harga dan ketersediaan
vivo Y78 5G boleh didapati dalam varian Dreamy Gold dan Flare Black dengan harga RM1399 untuk 8GB+256GB . Pengguna boleh mendapatkannya di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee, Lazada, TikTok dan vivo Malaysia eStore.
Kalau anda pra-tempah sekarang, anda berpeluang untuk mendapat hadiah eksklusif bernilai RM599.

Untuk mendapatkan berita lain mengenai produk vivo daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post