Setiap bulan, Xbox biasanya akan mengumumkan 2 game atau lebih yang akan dimasukkan ke dalam servis game pass mereka. Untuk awal bulan Ogos ini, mereka hanya menambah sebanyak 5 game iaitu Airborne Kingdom, Broforce Forever, Everspace 2 dan banyak lagi ke dalam Xbox Game Pass.
A Short Hike (Cloud, Konsol, PC) – 3 Ogos
Mendaki dan terbang melalui landskap gunung yang damai di Hawk Peak Provincial Park. Ikuti denai yang ditandakan atau terokai kawasan pedalaman semasa anda menuju ke puncak. Sepanjang perjalanan, temui pendaki lain, temui khazanah tersembunyi dan nikmati dunia di sekeliling anda.
Broforce Forever (Cloud, Konsol, PC) – 8 Ogos
Broforce merupakan game aksi side-scrolling run ‘n’ gun, di mana anda dalam kawalan ke atas organisasi separa tentera yang kurang dibiayai dan terlalu berkuasa. Kandungan Broforse Forever menawarkan kempen dipertingkatkan dan diperluas dengan kendungan baru untuk dibuka termasuklah enam watak ultra patriotik dan empat cabaran demokrasi baru!
Limbo (Cloud, Konsol, PC) – 9 Ogos
Limbo merupakan sebuah game puzzle yang hadir dengan reka bentuk visual dan bunyi yang mendalam. Naratifnya yang gelap serta ruang berkabus akan bersama anda selamanya.
Airborne Kingdom (Cloud, Konsol, PC) – 10 Ogos
Airborne Kingdom adalah game pembinaan dan pengurusan bandar. Besarkan bandar unik anda di atas langit dan terapung atas landskap yang luas. Terokai langit-langit untuk memulihkan ketenangan dunia.
Everspace 2 (Cloud, Xbox Series X|S) – 15 Ogos
Tersedia di PC dan akan hadir ke Xbox Series X|S dan Cloud! Sebagai seorang pilot, anda akan harungi cabaran brutal dalam game single-player space shooter. Mulakan pengembaraan sci-fi di kawasan luas penuh dengan rahsia, teka-teki dan bahaya! Naikkan level, kraf dan rampas peralatan yang lebih baik untuk bertahan di pinggir angkasa.
Pada 15 Ogos nanti, empat game akan meninggalkan Game Pass termasuklah Death Stranding. Kalau anda ingin menyimpannya dalam akaun, terdapat 20% diskaun tersedia untuk anda memilikinya. Berikut adalah senarai game yang akan meninggalkan Xbox Game Pass bulan ini:
- Death Stranding (PC)
- Edge of Eternity (Cloud, Console, and PC)
- Midnight Fight Express (Cloud, Console, and PC)
- Total War: Warhammer III (PC)
Setakat ini, itu sahaja game yang ditambah oleh Xbox ke dalam Game Pass mereka pada akhir bulan Julai ini. Kalau ada yang berminat untuk bermain game yang disediakan, anda wajib langgan Xbox Game Pass dengan hanya RM15. Untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game pass, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post