Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Monster Hunter Wilds Umum “Open Beta Test 2,” Akan Bermula 7 Februari!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2025 - Updated on February 13, 2025
in Action, Artikel, Berita, Beta, MHWilds, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Monster Hunter Wilds Umum “Open Beta Test 2,” Akan Bermula 7 Februari!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom telah mengesahkan “Open Beta Test 2” untuk Monster Hunter Wilds, yang bakal berlangsung dari 7 Februari, 11AM hingga 10 Februari, 10:59AM dan sekali lagi dari 14 Februari, 11AM hingga 17 Februari, 10:59AM. Ujian kali ini dibuka untuk pemain PS5, Xbox Series X|S, dan PC (Steam).

Bagi mereka yang tidak tahu, ujian beta terbuka pertama telah diadakan pada November 2024, yang memberi peluang kepada pemain untuk mencuba game ini. Namun, atas permintaan pemain yang terlepas peluang atau ingin mencubanya lagi, Capcom memutuskan untuk mengadakan pusingan ujian kedua.

Apa Yang Ada Dalam Open Beta Test 2?

Secara am, kandungan Monster Hunter Wilds Open Beta Test 2 adalah sama seperti ujian pertama, cuma dengan penambahan satu Hunt baharu.

Pertama sekali, pemain akan dapat menikmati ciri penciptaan watak penuh. Ini membolehkan pemain cipta reka bentuk Hunter dan Palico mereka. Pemain juga boleh mengubah suai watak beberapa kali sepanjang ujian beta dan membawa data watak tersebut ke versi game penuh.

Kredit: Capcom

Seterusnya adalah Story Trial, di mana anda boleh mengalami cutscene permulaan dan bermain hingga Chatacabra Hunter dengan tutorial asas, sambil memahami gameplay dan melihat animasi cutscene. Bukan itu sahaja yang kita boleh buru, kerana pemain boleh mencabar diri dalam Doshaguma Hunt. Matlamatnya adalah mengalahkan ketua kumpulan Doshaguma.

Kredit: Capcom

Cuma apa yang baharu adalah beta kedua ini memperkenalkan Gypceros, salah satu raksasa ikonik yang kembali dari siri dahulu,sebagai sasaran terbaharu.

Pemain yang menyertai beta pertama juga boleh membawa data mereka ke beta kedua. Sesiapa yang menyertai ujian beta ini akan menerima ganjaran eksklusif, termasuk:

  • Decorative charm untuk senjata atau Seikret mereka.
  • Item pack yang boleh ditebus dalam versi game penuh.
Kredit: Capcom

Cuma perlu ambil perhatian, Capcom menjelaskan bahawa beta kedua tidak mengandungi apa-apa perubahan prestasi, perubahan senjata, atau peningkatan quality-of-life yang sudah dibincangkan sebelum ini. Semua itu hanya akan tampil dalam versi pelancaran rasmi.

Monster Hunter Wilds akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan PC melalui Steam pada 28 Februari 2025. Jika berminat, anda boleh pre-order di SINI!

Tags: BETAMonster Hunter Wilds
ShareTweetSend
Previous Post

“Ini Kesilapan” – Kata Tencent Selepas Dilabel “Syarikat Ketenteraan China” Oleh Amerika Syarikat!

Next Post

Reviu Freedom Wars Remastered – Tidak Lagi Digari, Berjuang Demi Kebebasan Lagi!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Reviu Freedom Wars Remastered – Tidak Lagi Digari, Berjuang Demi Kebebasan Lagi!

Reviu Freedom Wars Remastered - Tidak Lagi Digari, Berjuang Demi Kebebasan Lagi!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd